TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.
Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.
nak hupdate jap : ok2 ini saya teka je.. orang kata group kecik..sorri tak tahu plak group ni menang.. ngeh-ngehlike i've told before.. ni saya teka-teki ok..dont take it serious
9 comments:
Kupulan Kecik kan org Sabah? salah seorang dari mereka kot?
bace jugak ni pg td.. sape la agaknye ye..
kumpulan kecik la tu..tp x tau yg mana satu
haaa mamat ke??bia betol??? btw memang dr mula tak bape minat mamat ni..memang minat sepah just tak bape gemar ngan mamat... :)
zanafahmi : huhuhu entah lah
aisya : kan.. kita pon dok tanya2 sapa lah
phat : hohohoh ye lah tu kot
pinky : kita pon x tau.. kita main teka je.. hehehe
tak abis2 ler pelawak asyik kena tangkap jer kes dadah....tkde modal lain ker?
adedey. tak habis2 dengan dadah.
Post a Comment