Pages

Farmers Street @ E-Curve

Monday, August 24, 2015

assalamualaikum.

hari jumaat yang indah permai aritu aku tersinggah plak dekat farmers street cafe.
sebab kita orang tak tahu yang outlet ni baru dibuka.
so kami agak pelik jugak bila nak order banyak je menu yang berstatus "coming soon" 
*pffffhhhtttt
woi cantik dinding dia woi. ngehngehgeh
agak mengecewakan sebenarnya bila kau tak diberi pilihan sangat tok order makanan.
tapi sebab aku suka environment cafe dia. sebab macam cool kan.
dan kitaorang dah macam malas nak angkat punggung untuk ke cafe lain.
so kami redha je lah. gituuuu.

selepas belek menu. maka kengkawan aku order nasi lemak dan sandwich.
nasi lemak dia. erm erm sebenarnya so-so je komen kawan aku.
dan sandwich yang bernama chicken meat slice & egg on toast adalah seperti dibawah


erm erm erm ace kau nengok tag atas sandwich tu.

"laugh and the world laughs with you ... "

makanya aku dan kengkawan pon rasanya bleh ketawa dekat diri sendiri.
the sandwich cost around RM 7  ke RM 8 and tadddaaaa itu sandwich nya nokkk.
sambil makan sambil bebel jugak lah.
macam roti ngan telur goreng and add on sekeping ham humangaihhh kena bayor macam ni.
kesimpulan. rasa macam tak berbaloi and sumpah pricey and not worth with the value.

tapi highlight of the day bukan lah makanan yang kitaorang dok order tu.
aku sebenarnya nak share dessert dia kat bawah ni. ya allah rasa nak lagi.

taddddaaaaa. *drolling

semangkuk mangga fresh yang enak manis berkrim bersama ais kepal, ais krim dan susu.
atau diberi nama di atas menu sebagai "MANGO MILKY ICE"
after all yang ni memang aku satisfied tahap maksima. rasa nak lagi wei!!
tapaya susah-susah pergi hadyai kalau craving menda ni. hiks!
harga? dengan fresh mango banyak melimpah ruah. *ok tipu tapi banyak
semangkuk desserts ni kami share bertiga kot. it cost dalam RM 9 or RM12.
maaf aku lupa. sebab confused dengan harga mix fruit punya.

so korang kalau nak try farmers street ni. tak silap aku dia ada dua outlet.
yang pertama dekat tropicana city mall. dan yang kedua ialah dekat e-curve.
atau kalau nak tengok menu ke hape ke. boleh click dekat fb link or web seperti di bawah

FACEBOOK : Farmers Street
WEB : Farmers Street


ok last not least tetibe tertempek muka sendiri. mihmihmih.
kau nampak tak muka bahagia dan berat naik lima kilo lepas makan dessert? *smirk

wordless wednesday : RM oh RM

Wednesday, August 19, 2015







notakukukaki : ohhhh ringgit tolong jangan jatuh lagi
nangis tepi jamban aku tahun depan nak berjalan :'(

Gold Coast Morib, Banting Selangor

Friday, August 14, 2015


hai assalamualaikum..

sekarang musim busy & stress dah kembali.
bak kata company director time monthly meeting management 

team, your sleepless night will be begin soon

*sigh
meroyan betul aku bila dengar macam tu. so biasa kalau tengah meroyan macam ni. 
the best way nak hilangkan segala keserabutan is dengan

A SHORT ESCAPE!!

wallah. it was a week after aidilfitri wei.
purse tengah kekeringan. sediet musim puasa kot --"
orang lain tengah sibuk susun schedule attend open houses semua tu, aku plak sibuk pengaruh kawan baik aku tok godek-godek Agoda.com and usha memana tempat nak lari dari hustle bustle and kekacauan jiwa ni

memandangkan kami ni serious under budget and agak cheapskate sebenarnya.
so kami decide and book 2D1N dekat Gold Coast Morib International Resort, Banting
maklumlah nak g Gold Coast Aussie dah berapa kali tunda plan aku ni. 
dapat merempat kat Gold Coast Banting pon jadi lah nok dari langsung non hado kannn :)


short escape ni ialah 2D1N je kawan-kawan. dah namanya under budget kan.
so untuk bilik macam kat atas tu, kami cuma perlu buat final pay RM 231.00
bilik Studio Suite ni included breakfast dan theme park entrance for 2
memandangkan kami bertiga. so sorang member lagi kena bayar RM37.00 untuk theme park ticket.


kau nengok siap ada jacuzzi lagi ok. so kau dah boleh bayangkan kan eksaited kami.
so malam tu tak main lah pillow talk ni. kitaorang main jacuzzi talk ok.
dah macam parti buih pon ada. punya lah tahap childish kalau dikenang balik. hiks. :)


ohhh yang ni plak view dari bilik kami. tingkat empat dan menghadap ke theme park tu.
sesampai je lepas check in. memang berlarian kami main kat park tu.
even orang seusia kami ni biasanya kendong anak. kami persis kekanak riang main air tanpa peduli orang lain. hahahhaa. dah nama nak release stress. so lantaklah kan. :)

to be frank aku sangat berpuas hati dengan hasil tuaian and short vacation ni.
yelah esok nak pergi. malam tu terkedek nak plan. and it was less than one hour decision.
dan kira costing minyak semua tu. seorang tak sampai pun RM200.00.
haaaa tak ke rasa nak nangis. duit tak delah melayang sangat and yet still have fun.

o korang kalau rerasa ada tekanan jiwa ke apa ke.
ok gak kalau korang pergi datang sini. and have fun. sebab setahu aku ada banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. contohnya ATV ride and some other fun beach activities.
aku memang tak sempat nak explore kali ni sebab kitaorang purposely more to nak take rest
and gather for a girl talk. cewah.

tapi for sure. rerasa nak kalau meroyan lagi. aku akan book and datang sini. *wink

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS