Monday, October 31, 2011

jom raba payudara untuk elak gangguan hantu

who0ot-who0ot
korang percaya tak
dengan pegang breast ia boleh elak dari gangguan hantu???
bunyi macam badut je kan..
but this is what exactly happen kat yunnan, china
phewwwwww...
tak pasal-pasal kan dapat pegang breast free =.="


al-kisah nya..
dekat yunnan, china.. ada breast touching festival yg dikenali sebagai monai jie
festival ni berlangsung pada 14,15 dan 16 hb pada bulan hantu
pada tarikh ni.. yang single mingle akan mengikuti festival monai jie ni
so makanya pada tarikh ni lah
para lelaki yang single dibenarkan untuk pegang breast wanita yg single
so inilah caranya untuk bebas dari ganguan hantu

fuhhhh... dasat kan??
btw.. kebudayaan ni wujud since Dinasti Sui
sebab time ni ramai dari kaum Yi mati tewas dalam berperang
makanya festival ini untuk
menenangkan para arwah tersebut


selain tu kan mengikut ahli spiritual setempat,
katanya pada bulan hantu ni
arwah-arwah tak buleh beristerirehat dengan syok nya
sebab mereka belum menyentuh seorang wanita sebelum ni
so arwah ni nak kan 10 gadis suci yg belum tersentuh
untuk temankan diaorang di dunia kematian
makanya ni lah caranya untuk elak dari kena ganggu

amacam??
gamaknya lah
kalo lah festival ni berlangsung kat malaysia
gamaknya bukan banyak lah lelaki bujang keluar kan??
yang tak bujang pon ngaku bujang gamaknya..
betul tak???


source - HERE

Saturday, October 29, 2011

dedicated to the attentionseekers :)


if kau tergolong dalam dalam kelompok kat BAWAH NI
i just can advice PLEASE SHUT UP.


annoying gila babeng bila
orang cantik dok cakap kau x cantik

annoying bila orang yg pandai
poyo dia lah dumb ass

and superb annoying bila you have everything
tp still tak tau bersyukur.

i dont mind if kau nak humble.
tapi.. humble biar bertempat.
please tak payah jadi attention seekers.
and guna lame issues..

MUAK.FULLSTOP.


Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday # 7 - MACAROONS


who0oot-who0oot
ya ALLAH sumpah craving for this
macaroon.. yg kaler-kaler macam ni.

and i wish to made it by myself..
sebab tak suka manis-manis ni..

btw.. ada sapa-sapa tahu resipi dia???

notes : ini macaroon bukan macaroni ok. :)

Saturday, October 22, 2011

jom ramai-ramai makan roti SHAITTTOONN nak??

huk-huk..
pernah tak korang makan roti shaaitttton??
tak pernah makan??
tak pernah jumpa??
ishk-ishk-ishk
so nak tak cuba rasa roti ni??

alah kalo nak beli senang je kot nak dapat roti ni.
korang boleh beli roti shaitooon ni kat kedai

camne rupe roti shaiton tu???

roti shaitoon bukan macam ni ok..
ni pon bukan lah roti shaitoonn itu..


roti shaittooon tu macam roti ni..
ala macam kat gambor bawah ni..


hah ni lah roti shaiton tu...
iblis = shaiton..
adek bradik lah tu :P

gamaknye kalo makan..
makin bertambahkah iblis dalam diri???

Friday, October 21, 2011

buku 18sx untuk kanak-kanak bawah 7 tahun..~

ohhhoiii.. sape sangka weh..
skang nih.. kesan dari kepesatan ekonomi kot.
kat malaysia ni.. korang boleh dapat buku 18sx OK~!!
and buku 18 sx ni untuk budak-budak ok.
ulang taip untuk budak-budak..~!!!

lebih specified untuk budak 7 tahun dan ke bawah..
korang mesti tak percaya kan???
huhuhuhu...

amacam??? advanced tak??
kalo korang lah yg ngajor budak-budak
mengeja dan huruf ni..
gamaknya camne korang nak explain urup Z??

Thursday, October 20, 2011

KRETIP: jom recycle buku lama :)


buku banyak sangat kat rumah??
tak tahu nak buat apa??
apek recycle tak mau beli or kutip buku lama korang tu??

takpe- takpe meh saya kasi satu jalan penyelesaian nya
camne pon jom.. layan gambar-gambar ni..
mana tahu mood kretip korang akan muncul
tok change buku lama jadi hiasan yang cantik

hah amacam?? cantik tak? kreatif kan??..
tok pengetahuan korang ni semua buku yang dicat balik..
mengikut imej yang dimahu..
macam kat bawah ni.

so korang..
kalo banyak sangat buku..
and sayang nak buang..
boleh lah tiru cara ni..
selamat mencube.. :)


Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday # 6- i called it KARMA

i believe on KARMA..
kau orang pulak macam mana???

Tuesday, October 18, 2011

KANTOI : gambar NAJIB sembah salib gambar palsu~!!

wh0oot-who0oottt..
sekarang kecoh ye dekat facebook.
tentang gambar PM kita yang digembar-gemburkan
dicanang di facebook.
kononnya beliau menyembah salib ketika pertemuan dengan POPE


sekarang tambah hot cili api
bila mynews.hub membuat pendedahan sebenar tentang isu ni.
katanya gambar itu gambar superimpose
dan yang lebih memanaskan lagi cerita ini
bila ada yang mengatakan ini semua adalah perbuatan pihak pembangkang.
ini kerana gambar ini disebarkan oleh page pembangkang


what ever it is.
benar atau tidak terpulang pada kita yang menilai.
ada sesetengah yang noob akan cepat melatah dan percaya
ada pula sesetengahakan mengkaji.
apa sekali pun.. bagi saya lah
biar siapa pun yang punya angkara
biar dia yang menangung dosa.

tak perlu lah salah menyalahkan.
tak perlu memburuk-buruk kan lagi keadaan,
kata 1 malaysia.. hehehe

untuk ketahui perkara lanjut tentang isu ini
click INI

Monday, October 17, 2011

TQ nuffnang :)

yeayyyy hari isnin yang fabulosssss :)
hari ni.. tak de istilah gloomy monday..
bukan apa.. memang happy lah kan..

tertenggok duit yang NUFFNANG kasi
bila godek-godek encik nuffnang pagi td
untuk sepanjang minggu lepas..

macam yang korang nampak kat atas ni
untuk 02 oct -08 oct
nuffnang dah kasi saya RM 5..

hoyeeeehhhh
maceh ye nuffnang..
yelah belog saya ni
ada unique visitor paling ramai pon
tak sampai 100 kot sehari..
update pon kadang-kadang sekali je sehari.

camne sekali pon..
untuk yang dok lepak belog saya ni..
maceh ye..
datang jengok and click-click..
jasa anda amat dihargai tahap tinggi..
mmmuaaaaahhhh...

kalo lah seminggu RM 5..
cukup 2 bulan.. dah ada RM40 :)

ohhh tengah tunggu cek untuk earnings yang INI

Sunday, October 16, 2011

JOM TEKA : apa beza gambar ini???

hehehee ingat tak entry saya pasal duck face dulu??
alahhhh entry yang INI
so ni plak entry sambungan dia ok..

jom kita maen teka-teki..

# jom cari persamaan dan perbezaan dua gambar ini.. :)

GAMBAR 1

GAMBAR 2


hah..~!!! amacam??
dah jumpa dah PERBEZAAN dan PERSAMAAN dia???



Saturday, October 15, 2011

big bad wolf book sale- kau memang menggoda ok.!!

who0ottt-who0oot..
kalo lah BIG BAD WOLF SALE ni ada every month..
kompiden saya akan jadi miskin papa kedana..
sumpah awesome..

thank GOD saya tak berpeluang untuk pegi this carnival..
and juta-juta terima kasih dekat adik tersayang..
for bought all the books kat bawah ni

amacam??? tu pon kalo ikot nafsu tamak bin haloba.
macam tak cukup je lagi tu...
kalau saya yang pergi..
mahu double or triple lagi saya beli..
and pusing the hall sampai patah kaki...

mana tak nya.. all of this only RM108
murah gila babas til it only RM8 each
mana tak tamak kan???

to my beloved sista..
huhuh even though kau tak beli tony parson
and few tittle yang gua request..
tp takpe.. this is enough for me..
(^________^)

ohhh pada yang tak pergi lagi..
jangan lupa..
big bad wolfbook sale ni until 16th ok.~!
for further detail click THIS

Friday, October 14, 2011

jatuh cinta dengan suara ENCIK MIMPI..~

semua orang dok..
post-share video pasal lagu ending CINTA MUKA BUKU..
alah yang tajuk PUTUS DI TWITTER tu..
tak dengar lagi??
kat bawah ni video nye


selepas tu teros dok belek-belek
semua lagu yang inchi mimpi nyanyi
saya just buleh kata ini.

even video kau blank hitam..
tapi kau funny ok..
ada macam-macam effect.
yg tak boleh belah effect cd calar
time kau cover lagu sungai lui-aizat.

whatever it is
kepada encik mimpi..
saya mahuuuu SIGN anda buleh???..
hehehhe suara kau best lah..:)
suwett macam tebu...
extra suweett bila kau nyanyi lagu jiwa-jiwa kau..

ni plak antara komen-komen membina..
di channel youtube beliau..


pape pon..
nak detail pasal encik mimpi???
kelik INI untuk kebelog encik mimpi :)
dan INI untuk ke channel youtube beliau.

p/s: encik mimpi.. suka gile dengan lagu..
dalam diam aku mencintaimu


Monday, October 10, 2011

yeayyy.. dah boleh cashout earnings Nuffnang :)


yeay... harini.. bukak nuffnang saya..
nengok-nengok jumlah dah boleh cashout..
happy ok.. rasa nak lompat-lompat..
yela ingat senang ke nak kumpul duit dalam nuffnang ni..

biarpon jumlahnya hanya RM 60 hengget..
tapi hati tetap gumbira..
yelah belog ni belog picisan..
kalo dapat RM 60 pon dah lompat-lompat kot..

btw.. maceh banyak-banyak ye..
buat yang kunjung belog ni..
yang tolong kelik-kelik..

notakukukaki: tape-tape kita kumpel lagi ok..
biar sampai ratus plak.. :)

*excited*

jom.. saya belanja eskem magnum eh...
klik INI tok eskem magnum sebatang :)

Friday, October 7, 2011

a bad friday :(


today is my most terrible day
worst then ever : (


Thursday, October 6, 2011

Raja Lawak kena tahan???


baca tak HARIAN METRO??

berita yang ini ---> LINK

malas nak bukak..
meh saya sedut isi berita nya

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

hehehe apa lagi jom kita main teka teki

clue-clue nya

~ pelawak berkumpulan yang memenangi RAJA LAWAK

~ bujang dan lingkungan 20-an

~ artis yang masih aktif berlawak


soklannya : siapakah RAJA LAWAK tu eh??
acitak kalo nak teka..
" huhuhu umat yang takde dalam kumpulan sepahtu??"

nak hupdate jap : ok2 ini saya teka je.. orang kata group kecik..
sorri tak tahu plak group ni menang.. ngeh-ngeh
like i've told before.. ni saya teka-teki ok..
dont take it serious

Wednesday, October 5, 2011

AGAMA : hukum berinai

inai??? cantik ke??
sejujurnya saya memang tak pakai inai..
sebab ayah pon tak galakkan..
dan saya pon tak berminat sangat
buka apa kalau tak kena cara pakai and warna kulit kita..
memang tak cantik and nampak hodoh..

berbalik pada isu hukum berinai..
saya ada baca share dari kawan-kawan di facebook
tentang hukum berinai
dan saya tertarik dengan apa yang ditulis di link INI

Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah.
Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

mengikut kefahaman saya lah..
inai masih boleh dipakai walaupon pada dasarnya
ia menyerupai kaum Hindu
berinai jari dibenarkan asalkan ianya di hujung jari

ok pape pon kalau korang nak penjelasan..
jom dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus
terntang hukum berinai ni ok

wordless wednesday # 5 - APA MOOD ANDA??

hehehhe hari ni hari RABU..



so apa mood anda??

Tuesday, October 4, 2011

wah ramlah ram sekarang dah jadi wrestler profesional

soklan pertama : korang kenal tak ramlah ram???
tak kenal?? alah yg nyanyi lagu
kau kunci cintaku dalam hatimu
tak kenal jugak??

nengok gambar ni.. maybe korang akan kenal
ini imej beliau dah bertudung ok

heh... tapi skang ni.. korang nak tau tak
ramlah ram dah jadi wrestler ok..
ulang taip WRESTLER...

tak percaya??
korang p kat google translate
and cuba kau google nama ramlah ram
dari english ke malay
jawapannya..
korang akan jumpa ini ok

hahahaha ok sumpah lawak..
sapa john cena tu??
hah inilah si john cena

amacam kacak tak??
beliau ni.. wrestler profesional,
merangkap aktor, rapper dan personaliti tv..

hah sebab tu saya kata ramlah ram dah jadi wrestler pro..
ngeh-ngeh-ngeh
kesimpulannya..
layanlah google translate untuk jumpa translator yang bangang

TOP 5 : artis bertudung yang hot dan cantik

ini adalah top 5 artis bertudung yg cantik dimata saya


1- wardina saffiyah

2- irma hasmie

3-heliza

4- farah af

5- anne ngasri

cantik kan diorang nih??
hehehee korang plak macam mana??

notakukukaki : susah jugak nak cari artis bertudung ni
hurmpphhh ada nama yg saya tertinggal ke??

PMR oh PMR

khas untuk adik-adik yang sedang mengadap paper PMR
dan superb khas buat adik saya yang juga calon PMR 2011
good luck untuk semua

pastikan semua menda ni korang ada untuk setiap exam PMR ni ok

~slip exam dan ic
~alat tulis yang mencukupi
~doa dan restu ibu ayah, guru dan semua yang mengenali anda
~ persediaan untuk paper yang ada dan akan datang
~ jangan gelabah

ok lah.. selamat berjaya..
kalo rasa nak buat revision or latih tubi..
or nak tengok tips untuk PMR
korang boleh try kat sini ok---> TUTOR PMR

notakukukaki : eh PMR tu kacang je dik..
dari akak yang amek PMR beberapa tahun yg lalu




Monday, October 3, 2011

semakan biasiswa JPA -esila

"angah tolong cek kan status biasiswa JPA aku"

tudia adik saya SMS mintak tolong cek kan
status permohonan biasiswa JPA
untuk ijazah pertama

yelah hari ni keputusan nya keluar..
ok adik-adik, kakak-kakak
kalo korang pon ada adik beradik yang memohon biasiswa JPA
korang boleh tengok status permohonan biasiswa
JPA korang dekat sini ---> esila

punyalah dengan prihatin dan kasih sayang
saya mintak ic no dan butiran lengkap..
yelah kan nak bukak online ni..
nak IC lah, kod laluan lah..

tengah berkobar-kobar saya nak cek kan
tibe-tibe ini yang keluar

ohhhooo sila be positive
maybe maintenance or busy or server down
referesh punya refresh
ini plak yang kuar...

ingat nak jugak sengih
skali key in ic no..
itu jugak yang kuar...

hah tttuuuudiaaa..
yg tu yg saya malas nk bukak website berkaitan gov ni..
hehehee nanti tak pasal-pasal hangen
eh... nak tanya memang website gov ni mmg camni eh???

jom belajar kata-kata ajaib :)

korang-korang 
jom saya nak share satu rahsia..
menda yang paling mudah..
tapi banyak bantu hidup kita sebenarnya..

dari kita takde kawan mungkin akan bertambah kawan kita
dan yang paling penting
dari miskin kata-kata ajaib ni boleh jadikan kita kaya..

jom saya bagitahu rahsianya

1 ~ tolong : bila korang mintak bantuan
2~ terima kasih : kepada sesiapa yang membantu kita
3~ maaf : kalau kita ada membuat salah
ha tu lah dia kata-kata ajaib yang banyak ubah hidup kita...

tak percaya???
cuba lah dulu okeng???


cumel kan vc ni?? tgk budak kecil pon tahu 3 ayat ajaib tu

notakukaki : yang paling penting..dari korang miskin adab 
korang akan jadi kaya budi bahasa





Saturday, October 1, 2011

contest : bongkar kod rahsia

who0ot-who0ot
jom korang sertai contest ni ok


tak perlu susah-susah untuk menang hadiah yang mengancam
cuma ada 3 step untuk sertai contest ini..

STEP 1 : dapatkan buku

STEP 2 : login dan bongkar

STEP 3 : menangi hadiah

hah.~! amacam senang kan??

korang mesti nak tahu kan..
apa buku yang perlu untuk contest ni??

just click link INI..
and korang akan tahu apa judul buku-buku nya
semua buku ni boleh didapati dia kedai buku dalam senarai
or beli secara online di bookcafe

ini pulak T&C untuk contest ini

pape pon.. GOOD LUCK :)
© :.cik katak .:
Maira Gall