click please :)

Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

2014 : kerja vs cinta

Wednesday, December 31, 2014


 2014 

ex manager company lama : 
"haihhh syg, u jangan sibuk kerja je. find your time to hang out and have boyfriend"

manager current company :
"lenglui, kerja-kerja jugak but please go and have fun. find a guy. 
tak kan nak kawen dengan kerja??"

rumahku pon opisku jugak. so camne??


 semoga penyakit gila kerja aku dapat dibendung balik.
since november aku dah buat balik perangai lama. 
tak cukup stay back dekat opis, usung plak segala mak nenek bawak balik umah.
tak tau lah komitmen berapa juta persen dah tu. *sigh


 hello 2015.
 
semoga aku dapat belajar menerima dan mencintai seseorang
sebagaimana aku komited dan mencintai kerja aku sekarang.


notakukukaki : guys at this moments aku memang tak sempat nak BW ke apa ke.
 nanti dah free balik aku borak ngan korang kat chatbox ok :)

my sept wishes :)

Friday, September 7, 2012



its september okay.. bukak mata tutup mata.. dah bulan 9.
dah a week dah kot.. gila lambat saya ni.
baru nak tergedik-gedik publish my sept wishes..
gedegang tembak diri sendiri..

hah nampak tak nampak betapa pe-MALAS-nya saya
taip delete taip delete
last-last simpan dekat draft

again tembak diri sendiri lol :P


here we are.
my sept wish for my self

- enough said  : back to the track and kembali to the old asma. :)
wish yang dirangkum untuk semua. yeah enough of hiding and running 
sudah masanya saya membuat keputusan dan tindakan susulan.
fuh fuh fuh..
sudah sampai masa menjadi kejam terhadap orang lain 
sebab dah terlalu kejam terhadap diri sendiri untuk beberapa bulan ni

last not least wish untuk orang yang tertentu dalam hidup

- mohon berhenti berharap dan mulakan hidup baru
MERDEKA kan hati, memori dan fikiran kau dari aku
enough said. there is no more place for you - you - you
perghhhh banyak benau YOU macam hot stuff sangat je
nahhhh the thing is im not ready for any kind of love relationship noktah


wishes lain?
ahhhhh banyak kot. tapi enough lah ini yang terpenting buat masa sekarang 

hopefully my sept wish would come true. amin :)
then august thank you for the thousand emotions and memories
i believe sept will be better than august and will leave more and more happiness to me~!
so yeah august good bye and see you next year insya allah 

* * *

wake me up when september ends :#selfreminder :)
* * *


teringin tapi.... ~

Friday, February 24, 2012





 
hujung bulan camni.. macam-macam teringin ok..
dah macam ala-ala pompuan mengidam anak sulung pulak..
 
serius teringin nak beli wedges baru..
lepas abes belajar terus x de wedges huaaaaaa :( 
jangan kata wedges, sandal pon x de kot.. pathetic betul kan
kalo pegi shopping mall mmg avoid pergi kedai kasut.. sebab nanti gedik nak beli..
sebab serius dah tau membazir je kalo beli..
sebab saya ke hulu ke hilir pakai sliper / flip flop or flat shoes sampai rosak
dah tuh kalo beli wedges jaman bila nak pakai? membazir kan kan kan :(


suka wedges putih.. :)



teringin nak beli long skirt or dress
tapi kan sebab ketinggian yang ala-ala bantut
disertai dengan low self confidence nak pakai macam tuh
so simpan je lah hasrat tuh.. alasan lain??
baca kat entry INI - if saya tinggi ok..

teringin nak beli hand bag baru wuwuwuwuww
tapi membazir gila kan
sebab saya ke mana-mana dengan sling bag
hand bag pakai seldom kot.. tupon bukan handbag yang girlie tuh
perghhh kalo tetiba tukar pakai handbag sumpah seguni kena bahan :(
silap-silap dengan mak pon join nganjing anak dara dia yang sorang nih..

teringin nak pakai cam feminin muslimah yang cam cumel suweet tuh..
tapi sebab dah biasa dengan pakaian ringkas
sikit-sikit flip flop, jeans, tshirt, blouse, sling bag, tak make up
serius saya memang simple aci muat je
so menda tu hanya angan-angan je lah..

ishkkk bilalah nak transpom jadik girlie nih??
ahh teringin itu ini..
tapi last-last berangan je lah :P

psssttt : errrr ada tak sugar daddy tulung belikan semua 
kihkihkih kalo tak pakai takde rasa membazir sangat kan kan kan. :P

entry tak bertajuk :)

Thursday, January 12, 2012

assalamualaikum..

hari ni malas nak taip panjang-panjang.
otak tepu untuk fikir apa-apa
cukuplah picture dan ayat dua tiga kerat bawah ni eh.. :)

#  love is more about others than us


 comel kan nengok orang tua berkasih sayang
harap satu hari saya juga mampu jadi begitu..

wahai pemilik tulang rusuk saya
saya harap awak akan sudi memimpin saya hingga ke hujung nyawa
sudi bersama dan terima seadanya
setia selamanya sebagaimana setianya saya menunggu munculnya anda


titik noktah













pilihan kau : menyakiti or disakiti ?

Monday, January 2, 2012

assalamualaikum ~

yeay dah masuk tahun baru lah..
happy 2012.. semoga diri tidak mudah alpa pada tahun ini..
so apa azam anda??

azam saya simple saja kot. tapi agak sukar digapai kalau pikir balik..

as usual saya mahu gembirakan hati orang sekililing saya.

lebih appreciate & cuba menyenang dan memudahkan kehidupan mereka
dan dapat mengubah diri supaya lebih baik dari hari-hari semalam

azam-azam lain yang lebih details?? cukuplah saya simpan jadi benchmark
supaya tak tersasar dalam merencana hidup pada masa hadapan. :)


yes demi azam yang macam ni..
saya mungkin terpaksa menyakiti hati sendiri demi melihat orang lain tersenyum
dan saya juga mungkin melukakan hati sendiri demi kebahagiaan orang lain.
but its ok kan :)

melihat senyuman yang terukir dekat wajah-wajah yang kita sayang
rasanya lebih bernilai dari hanya kau yang tersenyum 
sedangkan orang lain bersumpah seranah berbakul dekat kau kan-kan-kan?..

saya jugak berharap saya lebih kuat dan berani di hari mendatang
ye tahun ini.. 2012
saya akan  belajar supaya lebih appreciate orang yang menyanyangi saya.
belajar lebih menghargai sebelum kehilangan mereka
dan berharap supaya mereka akan sentiasa tersenyum kerana saya.

yes demi 2012.
pilihan saya is kurangkan menyakiti hati orang lain.
dan biarlah hati saya disakiti
ohhh dan paling penting.. kurangkan tahap kedegilan kau asma~!.
eceh.. camne sekalipon menda ni semua bergantung pada terma dan syarat ok..*grin*

so azam korang macam mana?




2011 dan kenangan ~

Saturday, December 31, 2011

assalamualaikum ~

wheee sedar tak sedar dah penghujung 2011.
awesome kan awesome kan??
bukak mata tutup mata dah penghujung tahun
alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas
alhamdulillah sebab banyak mengajar tentang erti hidup.
alhamdulillah sebab memberi pelbagai rasa sepanjang tahun ini

even tahun ini berakhir dengan perasaan saya seorang LOSER
walaupun bermula dengan penuh kegembiraan pada dasarnya.
seya tetap bersyukur. ya. alhamdulillah.. *tersenyum*

rangkuman akhir 2011 untuk kenangan buat saya ~

sesungguhnya 2011 penuh dengan kehilangan 
dari bermulanya Januari hingga tamatnya Disember
kehilangan arwah datuk dan pakcik serta orang tersayang secara beturut
perginya kawan seperjuangan ke rahmatullah juga berselang seli pada tahun ini
kesilapan dan kelalaian dalam merencana kehidupan
tersasar dari landasan dan hala tuju
dan akhirnya masih terumbang ambing untuk masa hadapan


wahai hari terakhir tahun 2011
saya hanya berharap ia masih mampu membuat saya tersenyum..
mungkin ya 2011 terlalu pahit untuk saya
tetapi alhamdulillah saya masih mampu mengukir senyuman di wajah orang lain

dan hari ini matahari memancar ceria
semoga hari ini juga berakhir dengan kecerian di wajah saya
2011 terima kasih kerana banyak mengajar erti hidup
kesedihan, kegembiraan dan juga kehilangan
ya ALLAH terima kasih untuk semuanya
kerana-Mu aku masih mampu tersenyum dan menelan pahitnya kehidupan~

pssst : semoga 2012 bermula dengan penuh kegembiraan



geng blogger sengal :)

Tuesday, December 27, 2011

assalamualaikum..~


entry tok hari ni.. serius asma just nk cakap..
sorry and thank you tok everyone..
especially tok gang "GENG BLOGGER SENGAL"
tak kisah lah if korang ada terasa pape kan..
yelah sepanjang terkenal asma nih
kengkadang asma main lepas je cakap..
gurau tanpa batas.. main kutuk-kutuk sesedap puding roti ke..
hatta i reject u sebab tetiba korang tersadung terus jatuh sayang kat i ke..
eceh. ok tu tipu..

entry ni sumpah bukan entry tacing-tacing
tapi semua ni sebab lepas hadam and muhasabah diri 
sempena tahun baru yang akan datang ni kan..
asma terhengat ada sorang teman blogger pernah cakap kat asma
tak semua orang suka dekat kita if kita baik kan?
dan tak semua orang buleh terima kita biarlah kita camne sekali pon..
so memang susah nak buat semua orang terima kita

so korang..
if suka i maceh.. if sayang i pon.. maceh jugak..
and if korang mencik i pon still maceh jugak..
i tetap sayang u'olls.. ok ciumolot jap.. *mmuuaahh*
seyes asma hargai semua yang pernah muncul dalam hidup asma..
and asma sayang korang semua..
korang semua ibarat kakak, abang dan adik dalam hidup asma..
serius no hurt feelings

guys again.. thank you..
korang memang awesome.
maceh sebab menyegalkan diri dan hilangkan kesedihan kat hati ni..
and maceh jugak atas segala tunjuk ajar dan nasihat.
eh macam ayat orang menang award plak.. :)
pape pon.. guys again..
terima kasih banyak-banyak.. dan ampun maaf ye. :)
yang tak join lagi geng ni.. nah join kat  > > SINI < < ok.
ayuh menyegal secara berjemaah :)

psssttt : pesanan ikhlas penaja.. korang  tak perlu lah kot
sibuk main nyorok-nyorok offline bila asma online.
or tetiba je menjauhkan diri sebab takot terjatuh hati ngan i..
sebab i dah simpan kemas hati i and campak kat dasar laut.. :)
ok ni ayat tipu lagi.. keh-keh-keh..

failed PMR?? lek lah k.. :)

Wednesday, December 21, 2011

eh bertempek-tempek..
orang dok hapdet pasal result pmr eh..
tetiba saya pon nak gedik-gedik nebes sekali.
wuwwuwuwuuwuw =.="

hanya satu yang saya mampu cakap..
tahniah lah dik kalo ko berjaya. gapai target ko
that's mean usaha ko berbaloi-baloi selama ni..


but yang tak berjaya mana tu..
jangan bimbang..
ko failed PMR je pon.. still buleh idup..
jangan nak bunuh diri plak lepas ni..
dapat 8A pelus pelus PMR pon 
kalo amal ibadah tah kema pon x guna gak kan??
macam lah time kat kubur..
mungkar nakir tanya soklan hipotesis sains dan tambah tolak math kan :)

so stay positive..
semua tu ada hikmah ok..
hidup kita semua ni masih jauh lagi.. :)
psssttt : tahniah adik gua.. ko meneruskan kecemerlangan kami 
angah bangga ngan lu... :)



pelamin angganku musnah.. :)

Thursday, December 8, 2011

who0ot-who0ot..
pelamin kat bawah ni cantik tak?
simple je kan.. but yes nice.
eh-eh by the way..
saya bukan nak cerita pasal pelamin or kawen
sebab saya lambat lagi nak kawen..
hohohoho..

entry ni khas nak wish
dekat member-member yang dah dan bakal melangsungkan majlis weekend ni
tak kisah lah majlis pertunangan - nikah or resepsi..

tahniah lah.. kome arap semuanya akan bahagia hingga ke syurga lah kan
eceh-eceh..
yang dekat tu kome akan datanglah yelah dapat makan free
dapat goodies - jumpa pakwe-pakwe hensem - dan kawan-kawan
sambil tu kome akan menjawab plak temu tak berapa ramah dengan soklan

" engkau bila pula?"

pesanan ikhlas buat kengkawan yg nak kawen ni
kalo kome dtg tak bawah adiah.
sila paham kome pokai..
kekekeke ramai sangat yang kawen kot hehehehe

again..
selamat naik pelamin..
psssttt kalo nak tunggu kome naik pelamin
kenalah tunggu orang bawak pelamin ngan pengantinnya dulu



SPM candidates - GOOD LUCK :)

Sunday, November 13, 2011

jom tengok movie baru nak??

ni hah ads dia

Sebuah filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini.. Bakal menjengah 'pawagam' berhampiran anda..

Filem : SPM 2011
Genre : Seram Klasifikasi : 17SG (Untuk tontonan Calon SPM sahaja)
Tarikh tayangan : 14 November 2011 ( Isnin )

Penerbit filem : Kementerian Pelajaran Malaysia
Arahan : Pengawas Peperiksaan
Tempat tayangan : Dewan Peperiksaan Sekolah Menengah Seluruh Malaysia
Tiket : Percuma


GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES... All the best!

nak petua dia??

ni hah....

~slip exam dan ic
~alat tulis yang mencukupi
~doa dan restu ibu ayah, guru dan semua yang mengenali anda
~ persediaan untuk paper yang ada dan akan datang
~ jangan gelabah

11.11.11 - best wishes untuk semua :)

Friday, November 11, 2011


untuk semua...


tak kisah lah yg bakal kawen

bakal tunang

bakal delivered baby

bakal bertambah umur

dan semua yang bakal berlaku hari ni.

semoga 11.11.11 akan memberikan satu kenangan yang sempurna untuk semua.

PMR oh PMR

Tuesday, October 4, 2011

khas untuk adik-adik yang sedang mengadap paper PMR
dan superb khas buat adik saya yang juga calon PMR 2011
good luck untuk semua

pastikan semua menda ni korang ada untuk setiap exam PMR ni ok

~slip exam dan ic
~alat tulis yang mencukupi
~doa dan restu ibu ayah, guru dan semua yang mengenali anda
~ persediaan untuk paper yang ada dan akan datang
~ jangan gelabah

ok lah.. selamat berjaya..
kalo rasa nak buat revision or latih tubi..
or nak tengok tips untuk PMR
korang boleh try kat sini ok---> TUTOR PMR

notakukukaki : eh PMR tu kacang je dik..
dari akak yang amek PMR beberapa tahun yg lalu




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS