Monday, November 16, 2015

short teaser : November Short Escape

assalamualaikum

tik tok tik tok
next week nak bawak diri lagi.
puiiiih ayat kemain kan. 
menghitung hari ni padahal cuti pon tak apply lagi. kah!

so cuba teka kali ni  kat mana aku nak pergi hehehehe.
ada siapa tahu gambar kat bawah ni katne?


baidewai ni gambar ihsan encik google.
sebab kita baru nak jejak kaki ujung bulan ni. :)

harapan aku, semoga cuaca semua nanti baik-baik aja
tak sabar nak pergi gelapkan kulit :)

yeay!!!

Saturday, November 7, 2015

Short Escape : Krabi, Thailand 2015

assalamualaikum

dah lama tak update blog ni kan?
maaf sebab dah lama tak update blog ni.
fuhhh. bersawang!!
maaf jugak sebab tak blogwalking ke blog korang.

banyak yang nak share sebenarnya tapi 
sumpah aku tak berkesempatan. *sigh
so sebagai tanda maaf. meh aku share gambar KRABI aku
untuk pengetahuan korang ni semua gambar time island hoping 

cekidottt kengkawan :)


tempat berkumpul sebelum naik speed boat or "long tail"



korang tertanya apa tu "long tail"
long tail tu maksud nya perahu panjang. macam gambar kat atas tu


krabi thailand memang terkenal dengan pulau nya
bak kata orang airnya jernih dan hijau gitu.

so kat bawah ni antara pulau yang aku pergi and aku share dengan korang.







travelog backpack aku ke KRABI nanti insya allah akan menyusul.

oh lupa, gambar diatas semua diambil menggunakan IPhone 6
original tanpa di edit.

cantik kan??
rasa nak pergi lagi. insya allah





Monday, October 19, 2015

Air Asia Sale lagi !!!!

assalamualaikum

haihhh AIR ASIA ni manjang buat sale.
aku dah kering poket sebenarnya.
tapi ketor-ketor lagi nak beli ke idok tiket.


tak mau lah fokus international route.
aku just mikir nak grab ke idok flight pergi kota bharu or kuala terengganu.
haihhh kengkoman dapat ke pulau perhentian ke pulau lang tengah ke
snorkeling syokkk oooooo

tapi aku tengah kira-kira cuti jugak ni.
sebab slot berjalan merayap aku dah agak penuh.
tapi sebab ekonomi tak kukuh mana, kita merayap indonesia ngan thailand sudah
hahahah. yang penting aku merayap tak mereput hockay!


nota kuku kaki : weii cepat advise. kena grab ke idok ni. hiks!!!

Saturday, October 10, 2015

Twitter lawak dari Khairy Jamaluddin (KJ) buat PM Najib Razak

assalamualaikum

hari ni kiri kanan depan belakang update pasal Hari Sukan Negara.
sebab aku stranded dekat office siapkan gaji para direct worker offshore
dan segala jadah report mak nenek yang boss request.
makanya aku mampu perhati je segala update alam maya dari kawan-kawan.

memang meriah Hari Sukan Malaysia ni rupanya.
tapi banyak-banyak aku memang tertarik dengan post dari PM kita.
taddaaaa kat bawah ni.


tapi lagi menarik bila baca komen twitter dari Khairy Jamaluddin.


nak tahu kenapa KJ reply macam tu?
bolehlah tengok sepakan penalti dari PM yang gawang gol nya dijaga oleh KJ kat SINI 

camne pon memang cool habes ok! win lagi padu tweet KJ :)
dan memang yang lagi buat aku non stop ketawa bila baca komen reply tweet
dan komen di page perdana menteri kira sendiri.
kalau tak percaya boleh kelik kat SINI or kat SINI
hiburan stress aku malam ni ok. hiks :')

bagi yang belum follow menteri kacak kita Khairy Jamaluddin.
nah aku share sikit segala akaun yang aku tahu kat bawah ni ok!!

Facebook : Khairy Jamaluddin
Twitter : KhairyKJ
Instagram : Khairy Jamaluddin

notakukukaki : dah ketawa baca komen sema tu. rasa nak senyum lagi kelik SINI

Friday, September 25, 2015

iphone 6 ohhhh iphone 6 :'(

asssalamualaikum


nothing much to update.
i think this month wasnt a good month for me.

hati dah hancur berkecai seretak screen iphone6 ku itu.

*pasang lagu latar shila hamzah
patah seribuuuuuuu hatiku :'(


notakukukaki : tau tak kat mana nak fix screen pecah dengan harga yang worth. pleaseee
                         poket mak dah nipis ni nakkkkk *nangestepikatil

Friday, September 18, 2015

ShortGateway : Tadom Hill Resorts

assalamualaikum.

perasan tak sekarang Tadom Hill Resorts memang viral dekat facebook.
sejak hampir sebulan yang lalu kot sampai kena serang bertalu talu dengan orang ramai.
waktu tengah viral tu, diorang ada promosi sempena #GrooveOn.

so aku pon tak melepaskan peluang untuk daftar #GrooveOn.
event ini akan berlangsung di Tadom Hill Resort pada 19 - 20 Sept 2015.


hikssss tak sabar :')

so korang. nanti tunggu review and story dari aku hockay!!!!
sementara nak tunggu review. belanja view Tadom Hill Resort sikit.
in case korang tak tahu lagi wujudnya tempat ni hihihi
semuanya aku ambil dari page diorang kat SINI




Tadom Hill aku datang. *dusssshhh terjun dalam lombong :)

Wednesday, September 16, 2015

cafe review : Kopi & XOXO


assalamualaikum



tak mintak banyak pon, harap-harap lepas makan semua ni aku dapat fenfeling comel cam nora danish. sesaat pon jadilah.

hahaha itu lah gambar dan caption instagram yang aku share di mukabuku aku
tu sema sebelum aku makan pasta, pisang goreng cheese dan milo ais kat atas.
punyalah retis tetiba je, tak sampai seminit aku hapload.
kengkawan aku majority bertanya :

best ke wei cafe KOPI XOXO tu?
camne harga dia? bukan mahal ke?

fuhhhhhhh. memandangkan aku ni jujur lagi ikhlas. aku reply.

service slow. and makanan ada yang tak kena dengan harga.

kenapa cafe nora danish mahal?

maybe sebab KOPI XOXO ialah cafe nora danish and terletak kat bangsar.
so katanya sebab lokasi. so logiklah harga nya sebegitu. itu kata nora danish sendiri ok.
mohon jangan saman saya nora. phewwww --"


korang mesti kata. dah tahu mahal apesal gatal nak pergi jugak?
actually officemate aku merangkap kawan rapat aku mengidam sangat nak pergi ke cafe ni.
katanya mana tau dapat jumpa nora danish. *katanya
lagipon hari sebelum tu lagi sorang officemate aku kebetulan ke cafe kopi xoxo ni gak.
so aku pon temankan lah. tapi kesimpulan yang aku bleh kata.
rasanya cukuplah sekali aku datang sini kot. hahaha

maybe sebab aku amek menu special of the day. pasta with seafood which cost RM 26 rasanya.
yang at the end aku tak berapa satisfied dengan rasanya. so aku agak upset.
dan milo ais yang cost around RM8 yang aku tak berpuas hati jugak.
so aku conclude cukuplah sekali aku datang.
mujur gorpis dia sedap. sumpah. yang ni ok. :)

tapi yelah tekak orang lain-lain. mungkin korang teringin nak pergi bleh ke alamat ini ok.
cafe agak peak almost setiap masa. tu je aku boleh cakap.

 

Kopi XOXO & The Gorpis
          3 Jalan Riong, Off Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur

     Instagram : https://instagram.com/kopi.xoxo/

sila ingat. ISNIN depa close shop :)


p/s : aku tak kisah kalau harga mahal kalau sedap. tapi kalau so-so je.
       ermmm baik aku beli kat kedai biasa je.
       akhir kata poket nipis harap jangan nak belagak urban sangat. hiks


Wednesday, September 9, 2015

katakc0mel ialah blog porn?

assalamualaikum.


hari ni aku try bukak blog aku sendiri

http://katakc0mel.blogspot.com untuk blogwalking activity time petang

tapi ini yang keluar *surprise


huwaaaa sejak bila aku berporno di belog picisan aku ni.

*nanges dalam tandas


p/s : ace kabo camne nak buat ni.
tunggu balik rumah baru boleh balas bw korang hockay!

Wednesday, September 2, 2015

nuffnang : Sept'15 - CPUV Campaign


asalammualaikum

hiks bukak akaun nuffnang tetiba nampak ni. 




fuhhhh. tetiba dapat CPUV Campaign.
thanks nuffnang :)

p/s : rajin-rajin lah klik nuffnang kita eh. macehh :)

*grin

Monday, August 24, 2015

Farmers Street @ E-Curve

assalamualaikum.

hari jumaat yang indah permai aritu aku tersinggah plak dekat farmers street cafe.
sebab kita orang tak tahu yang outlet ni baru dibuka.
so kami agak pelik jugak bila nak order banyak je menu yang berstatus "coming soon" 
*pffffhhhtttt
woi cantik dinding dia woi. ngehngehgeh
agak mengecewakan sebenarnya bila kau tak diberi pilihan sangat tok order makanan.
tapi sebab aku suka environment cafe dia. sebab macam cool kan.
dan kitaorang dah macam malas nak angkat punggung untuk ke cafe lain.
so kami redha je lah. gituuuu.

selepas belek menu. maka kengkawan aku order nasi lemak dan sandwich.
nasi lemak dia. erm erm sebenarnya so-so je komen kawan aku.
dan sandwich yang bernama chicken meat slice & egg on toast adalah seperti dibawah


erm erm erm ace kau nengok tag atas sandwich tu.

"laugh and the world laughs with you ... "

makanya aku dan kengkawan pon rasanya bleh ketawa dekat diri sendiri.
the sandwich cost around RM 7  ke RM 8 and tadddaaaa itu sandwich nya nokkk.
sambil makan sambil bebel jugak lah.
macam roti ngan telur goreng and add on sekeping ham humangaihhh kena bayor macam ni.
kesimpulan. rasa macam tak berbaloi and sumpah pricey and not worth with the value.

tapi highlight of the day bukan lah makanan yang kitaorang dok order tu.
aku sebenarnya nak share dessert dia kat bawah ni. ya allah rasa nak lagi.

taddddaaaaa. *drolling

semangkuk mangga fresh yang enak manis berkrim bersama ais kepal, ais krim dan susu.
atau diberi nama di atas menu sebagai "MANGO MILKY ICE"
after all yang ni memang aku satisfied tahap maksima. rasa nak lagi wei!!
tapaya susah-susah pergi hadyai kalau craving menda ni. hiks!
harga? dengan fresh mango banyak melimpah ruah. *ok tipu tapi banyak
semangkuk desserts ni kami share bertiga kot. it cost dalam RM 9 or RM12.
maaf aku lupa. sebab confused dengan harga mix fruit punya.

so korang kalau nak try farmers street ni. tak silap aku dia ada dua outlet.
yang pertama dekat tropicana city mall. dan yang kedua ialah dekat e-curve.
atau kalau nak tengok menu ke hape ke. boleh click dekat fb link or web seperti di bawah

FACEBOOK : Farmers Street
WEB : Farmers Street


ok last not least tetibe tertempek muka sendiri. mihmihmih.
kau nampak tak muka bahagia dan berat naik lima kilo lepas makan dessert? *smirk

Wednesday, August 19, 2015

wordless wednesday : RM oh RM







notakukukaki : ohhhh ringgit tolong jangan jatuh lagi
nangis tepi jamban aku tahun depan nak berjalan :'(

Friday, August 14, 2015

Gold Coast Morib, Banting Selangor


hai assalamualaikum..

sekarang musim busy & stress dah kembali.
bak kata company director time monthly meeting management 

team, your sleepless night will be begin soon

*sigh
meroyan betul aku bila dengar macam tu. so biasa kalau tengah meroyan macam ni. 
the best way nak hilangkan segala keserabutan is dengan

A SHORT ESCAPE!!

wallah. it was a week after aidilfitri wei.
purse tengah kekeringan. sediet musim puasa kot --"
orang lain tengah sibuk susun schedule attend open houses semua tu, aku plak sibuk pengaruh kawan baik aku tok godek-godek Agoda.com and usha memana tempat nak lari dari hustle bustle and kekacauan jiwa ni

memandangkan kami ni serious under budget and agak cheapskate sebenarnya.
so kami decide and book 2D1N dekat Gold Coast Morib International Resort, Banting
maklumlah nak g Gold Coast Aussie dah berapa kali tunda plan aku ni. 
dapat merempat kat Gold Coast Banting pon jadi lah nok dari langsung non hado kannn :)


short escape ni ialah 2D1N je kawan-kawan. dah namanya under budget kan.
so untuk bilik macam kat atas tu, kami cuma perlu buat final pay RM 231.00
bilik Studio Suite ni included breakfast dan theme park entrance for 2
memandangkan kami bertiga. so sorang member lagi kena bayar RM37.00 untuk theme park ticket.


kau nengok siap ada jacuzzi lagi ok. so kau dah boleh bayangkan kan eksaited kami.
so malam tu tak main lah pillow talk ni. kitaorang main jacuzzi talk ok.
dah macam parti buih pon ada. punya lah tahap childish kalau dikenang balik. hiks. :)


ohhh yang ni plak view dari bilik kami. tingkat empat dan menghadap ke theme park tu.
sesampai je lepas check in. memang berlarian kami main kat park tu.
even orang seusia kami ni biasanya kendong anak. kami persis kekanak riang main air tanpa peduli orang lain. hahahhaa. dah nama nak release stress. so lantaklah kan. :)

to be frank aku sangat berpuas hati dengan hasil tuaian and short vacation ni.
yelah esok nak pergi. malam tu terkedek nak plan. and it was less than one hour decision.
dan kira costing minyak semua tu. seorang tak sampai pun RM200.00.
haaaa tak ke rasa nak nangis. duit tak delah melayang sangat and yet still have fun.

o korang kalau rerasa ada tekanan jiwa ke apa ke.
ok gak kalau korang pergi datang sini. and have fun. sebab setahu aku ada banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. contohnya ATV ride and some other fun beach activities.
aku memang tak sempat nak explore kali ni sebab kitaorang purposely more to nak take rest
and gather for a girl talk. cewah.

tapi for sure. rerasa nak kalau meroyan lagi. aku akan book and datang sini. *wink

Saturday, June 13, 2015

coffee shop : rekindle at SS2




"“Life is a beautiful and endless journey in search of the perfect cup.” 
― Barbara A. Daniels 

fhewwww aku pon tak tahu since when aku macam jadi coffee lover.
at least once a week aku akan jadi coffee hunter :)
so kali ni aku nak share experience aku pergi coffee shop
nama dia : REKINDLE
photo ihsan google
lokasi cafee shop ni dekat SS2
beralamat seperti dibawah :
Ground Floor, No 25,
Jalan SS 2/64, 47300 Petaling Jaya,
Selangor
bagi aku cafe ni sesuai untuk korang lepak-lepak.
instead of coffee korang boleh pilih juice
but limited choice as main dia coffee and desert diorang is cake.
dekat sini korang ada two types of cake.
with alcohol and without alcohol.
untuk muslim jangan bimbang sebab kek ni semua diorang letak berasingan
yang without alcohol semua ada dekat bar macam kat gambar :)
selection of cakes :)
personally, kek dekat sini bagi aku so-so je kot.
this time aku share dgn osmate 2 jenis cakes. 
satu salted caramel chocolate cake 
satu lagi kek ialah ada pecan.
maybe sebab texture cake dia not as smooth and agak manis.
so korang coffee lover korang maybe boleh try :)
cuma kali ni aku tak snap pic sbb actually random tersinggah dekat cofee shop ni
di saat battery hp flat dan stress 
further details? check their facebook page : Rekindle 
whoppsss and just realised diorang ada outlet dekat uptown damansara too.
cis penat je aku pg jejauh lol --"

Monday, April 27, 2015

april 2015 : keliru


"aku keliru. aku keliru
selalu begitu"
eh eh tetibe ternyanyi lagu raja ema ft lawa nie geng
siyes orang cakap jangan menyampah or benci or seantero kat sesuatu menda 
sebab Allah boleh bolak balik perasaan tu 360 dalam sekelip mata je
macam lagu ni. aku annoying tahap lauk basi kot.
menyampah dia sampai baru je dj radio introduce tajuk lagu teruih aku off radio
tapi sekarang lagu ni yg dok kuar kat mulut.
dok aku keliru. aku keliru *sebab tang tu je yg tau
plus mmg aku keliru kot --"
pernah tak. kau rasa menyampah sampai semua orang cakap dia baik
tapi kau rasa dia x baik kat kau sorang je?
kau punya menebal rasa annoy, nyampah sema tu berbaldi kot
tapi tetiba bila kau tau dia kena relocate due to responsibility
kau tetiba macam "oh" and kau punya day dah macam ada mendung berarak
pernah tak rasa macam tu??
haaa so boleh bagitau.
apa sebenarnya perasaan tu?? 
* fuhhh aku memang well known dengan hati kayu and buta perasaan. T.T
 

Saturday, March 14, 2015

14 March 2015 : happy 27th birthday :')

its 14th of march
happy 27th to my dear self.
no special occasion
enough a phone call with mum
warm wishes from closed friends


how i celebrate?

masuk office buat kerja 
dah katanya married to works tak gitu

anyway, asma,
please be strong and be bold.
be nice to other.


© :.cik katak .:
Maira Gall