click please :)

Showing posts with label cafe review. Show all posts
Showing posts with label cafe review. Show all posts

cafe review : Kopi & XOXO

Wednesday, September 16, 2015


assalamualaikum



tak mintak banyak pon, harap-harap lepas makan semua ni aku dapat fenfeling comel cam nora danish. sesaat pon jadilah.

hahaha itu lah gambar dan caption instagram yang aku share di mukabuku aku
tu sema sebelum aku makan pasta, pisang goreng cheese dan milo ais kat atas.
punyalah retis tetiba je, tak sampai seminit aku hapload.
kengkawan aku majority bertanya :

best ke wei cafe KOPI XOXO tu?
camne harga dia? bukan mahal ke?

fuhhhhhhh. memandangkan aku ni jujur lagi ikhlas. aku reply.

service slow. and makanan ada yang tak kena dengan harga.

kenapa cafe nora danish mahal?

maybe sebab KOPI XOXO ialah cafe nora danish and terletak kat bangsar.
so katanya sebab lokasi. so logiklah harga nya sebegitu. itu kata nora danish sendiri ok.
mohon jangan saman saya nora. phewwww --"


korang mesti kata. dah tahu mahal apesal gatal nak pergi jugak?
actually officemate aku merangkap kawan rapat aku mengidam sangat nak pergi ke cafe ni.
katanya mana tau dapat jumpa nora danish. *katanya
lagipon hari sebelum tu lagi sorang officemate aku kebetulan ke cafe kopi xoxo ni gak.
so aku pon temankan lah. tapi kesimpulan yang aku bleh kata.
rasanya cukuplah sekali aku datang sini kot. hahaha

maybe sebab aku amek menu special of the day. pasta with seafood which cost RM 26 rasanya.
yang at the end aku tak berapa satisfied dengan rasanya. so aku agak upset.
dan milo ais yang cost around RM8 yang aku tak berpuas hati jugak.
so aku conclude cukuplah sekali aku datang.
mujur gorpis dia sedap. sumpah. yang ni ok. :)

tapi yelah tekak orang lain-lain. mungkin korang teringin nak pergi bleh ke alamat ini ok.
cafe agak peak almost setiap masa. tu je aku boleh cakap.

 

Kopi XOXO & The Gorpis
          3 Jalan Riong, Off Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur

     Instagram : https://instagram.com/kopi.xoxo/

sila ingat. ISNIN depa close shop :)


p/s : aku tak kisah kalau harga mahal kalau sedap. tapi kalau so-so je.
       ermmm baik aku beli kat kedai biasa je.
       akhir kata poket nipis harap jangan nak belagak urban sangat. hiks


Farmers Street @ E-Curve

Monday, August 24, 2015

assalamualaikum.

hari jumaat yang indah permai aritu aku tersinggah plak dekat farmers street cafe.
sebab kita orang tak tahu yang outlet ni baru dibuka.
so kami agak pelik jugak bila nak order banyak je menu yang berstatus "coming soon" 
*pffffhhhtttt
woi cantik dinding dia woi. ngehngehgeh
agak mengecewakan sebenarnya bila kau tak diberi pilihan sangat tok order makanan.
tapi sebab aku suka environment cafe dia. sebab macam cool kan.
dan kitaorang dah macam malas nak angkat punggung untuk ke cafe lain.
so kami redha je lah. gituuuu.

selepas belek menu. maka kengkawan aku order nasi lemak dan sandwich.
nasi lemak dia. erm erm sebenarnya so-so je komen kawan aku.
dan sandwich yang bernama chicken meat slice & egg on toast adalah seperti dibawah


erm erm erm ace kau nengok tag atas sandwich tu.

"laugh and the world laughs with you ... "

makanya aku dan kengkawan pon rasanya bleh ketawa dekat diri sendiri.
the sandwich cost around RM 7  ke RM 8 and tadddaaaa itu sandwich nya nokkk.
sambil makan sambil bebel jugak lah.
macam roti ngan telur goreng and add on sekeping ham humangaihhh kena bayor macam ni.
kesimpulan. rasa macam tak berbaloi and sumpah pricey and not worth with the value.

tapi highlight of the day bukan lah makanan yang kitaorang dok order tu.
aku sebenarnya nak share dessert dia kat bawah ni. ya allah rasa nak lagi.

taddddaaaaa. *drolling

semangkuk mangga fresh yang enak manis berkrim bersama ais kepal, ais krim dan susu.
atau diberi nama di atas menu sebagai "MANGO MILKY ICE"
after all yang ni memang aku satisfied tahap maksima. rasa nak lagi wei!!
tapaya susah-susah pergi hadyai kalau craving menda ni. hiks!
harga? dengan fresh mango banyak melimpah ruah. *ok tipu tapi banyak
semangkuk desserts ni kami share bertiga kot. it cost dalam RM 9 or RM12.
maaf aku lupa. sebab confused dengan harga mix fruit punya.

so korang kalau nak try farmers street ni. tak silap aku dia ada dua outlet.
yang pertama dekat tropicana city mall. dan yang kedua ialah dekat e-curve.
atau kalau nak tengok menu ke hape ke. boleh click dekat fb link or web seperti di bawah

FACEBOOK : Farmers Street
WEB : Farmers Street


ok last not least tetibe tertempek muka sendiri. mihmihmih.
kau nampak tak muka bahagia dan berat naik lima kilo lepas makan dessert? *smirk
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS