assalamualaikum ~
wheee sedar tak sedar dah penghujung 2011.
awesome kan awesome kan??
bukak mata tutup mata dah penghujung tahun
alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas
alhamdulillah sebab banyak mengajar tentang erti hidup.
alhamdulillah sebab memberi pelbagai rasa sepanjang tahun ini
even tahun ini berakhir dengan perasaan saya seorang LOSER
walaupun bermula dengan penuh kegembiraan pada dasarnya.
seya tetap bersyukur. ya. alhamdulillah.. *tersenyum*
rangkuman akhir 2011 untuk kenangan buat saya ~
sesungguhnya 2011 penuh dengan kehilangan
dari bermulanya Januari hingga tamatnya Disember
kehilangan arwah datuk dan pakcik serta orang tersayang secara beturut
perginya kawan seperjuangan ke rahmatullah juga berselang seli pada tahun ini
kesilapan dan kelalaian dalam merencana kehidupan
tersasar dari landasan dan hala tuju
dan akhirnya masih terumbang ambing untuk masa hadapan
wahai hari terakhir tahun 2011
saya hanya berharap ia masih mampu membuat saya tersenyum..
mungkin ya 2011 terlalu pahit untuk saya
tetapi alhamdulillah saya masih mampu mengukir senyuman di wajah orang lain
dan hari ini matahari memancar ceria
semoga hari ini juga berakhir dengan kecerian di wajah saya
2011 terima kasih kerana banyak mengajar erti hidup
kesedihan, kegembiraan dan juga kehilangan
ya ALLAH terima kasih untuk semuanya
kerana-Mu aku masih mampu tersenyum dan menelan pahitnya kehidupan~
pssst : semoga 2012 bermula dengan penuh kegembiraan