click please :)

Raja Lawak kena tahan???

Thursday, October 6, 2011


baca tak HARIAN METRO??

berita yang ini ---> LINK

malas nak bukak..
meh saya sedut isi berita nya

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

hehehe apa lagi jom kita main teka teki

clue-clue nya

~ pelawak berkumpulan yang memenangi RAJA LAWAK

~ bujang dan lingkungan 20-an

~ artis yang masih aktif berlawak


soklannya : siapakah RAJA LAWAK tu eh??
acitak kalo nak teka..
" huhuhu umat yang takde dalam kumpulan sepahtu??"

nak hupdate jap : ok2 ini saya teka je.. orang kata group kecik..
sorri tak tahu plak group ni menang.. ngeh-ngeh
like i've told before.. ni saya teka-teki ok..
dont take it serious

AGAMA : hukum berinai

Wednesday, October 5, 2011

inai??? cantik ke??
sejujurnya saya memang tak pakai inai..
sebab ayah pon tak galakkan..
dan saya pon tak berminat sangat
buka apa kalau tak kena cara pakai and warna kulit kita..
memang tak cantik and nampak hodoh..

berbalik pada isu hukum berinai..
saya ada baca share dari kawan-kawan di facebook
tentang hukum berinai
dan saya tertarik dengan apa yang ditulis di link INI

Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah.
Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

mengikut kefahaman saya lah..
inai masih boleh dipakai walaupon pada dasarnya
ia menyerupai kaum Hindu
berinai jari dibenarkan asalkan ianya di hujung jari

ok pape pon kalau korang nak penjelasan..
jom dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus
terntang hukum berinai ni ok

wordless wednesday # 5 - APA MOOD ANDA??

hehehhe hari ni hari RABU..



so apa mood anda??
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS