click please :)

Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts
Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts

limau mandarin dan kenangan :)

Thursday, January 19, 2012

assalamualaikum..

wheeee tahun baru cina dah dekat kan.. 
baru terasa aura raya cina bila melantak limau mandarin.
 melantak limau mandarin sampai tercirit baru thrill rasanya :)

saya sangat suka limau mandarin..
manis kot besar and kaler oren..
tu yang mahal lah kan.. yang tak mahal diskaun lah rasa manisnya
ehhh gumbira je tau rasanya dapat makan limau ni.
kehkehkeh if manis memang gumbira senyum sampai telinga
if dapat yang masam??
muka pon otomatik jadik masam.. then mulut bebel and komplen tanpa henti


limau mandarin dan kenangan..
arwah atuk saya yang saya panggil tok'ki
sangat sangat sangat suka makan limau mandarin
tahun lepas, arwah siap merajuk lagi coz limau mandarin abes
biasalah family saya besar kot sekotak tu tak sampai sehari pon boleh habis ok

orang tua punya merajuk sangat cumel.. mogok tak mahu makan kot.
gantilah dengan limau kecik-kecik or sunkist pon tak dipandangnya
merajuk sampai bila dikenang balik saya senyum sendiri
arwah akan tarik muka merajuk macam budak-budak
bebel-bebel or ngomel tanpa henti
  nak pujuk senang je kot, saya start enjin kereta and ke pasaraya 
belikan 2 kotak limau mandarin
terus tersenyum arwah dan beliau terus simpan sekotak di bawah katil beliau.
punyalah takot tak sempat makan kan..

tapi tu semua dulu..
sekarang.. rumah dah tak havoc..
tak perlu susah-susah belikan limau mandarin berkotak-kotak
tak perlu sorok-sorok nak curik amek limau mandarin bawah katil tok'ki
tak perlu gelak ketawa bila tok'ki mengomel limau nya masam
tak perlu nak pura-pura innocent bila tok'ki tanya kenapa limau dia tinggal sikit.

ishkkk sumpah saya rindu.. tapi tu semua dulu
sekarang ni tu semua hanya kenangan..
*sigh*

notakukukaki : hargai semua yang masih ada. :)



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS