click please :)

muslimah memang TIDAK GUNA

Monday, April 11, 2011

KHAS BUAT RENUNGAN DIRI SENDIRI DAN KAUM HAWA YANG LAIN NYA

Saya percaya bahawa apabila mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, kita tersangat tidak bersetuju. Sebelum mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana poin yang tidak tepat, sila nyatakan komen secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walau pun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya akan menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentokku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang TIDAK GUNA alat solek untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang B E R G U N A

eh telur ayam pon ada yang tiruan???

Thursday, April 7, 2011

wohhhooo.. zaman sekarang yang serba moden dan maju ni..
 korang jangan hengat cd je ada yang pirate..
la ni.. telur ayam pon ada yang tiruan hokkkaaayyy..
serius terkejut mak.. nyah.~!


tak percaya bacalah berita ni kat KOSMO

telur ayam tiruan ni dikatakan mirip sejibik sejibun dengan fizikal telur ayam..
eh dah nama barang tiruan..
copy pasta mesti secukup rasa kan..
kalo tak orang tak kata telur ayam tiruan tu telur ayam kan??

telur palsu ni katanya boleh memudaratkan kesihatan..
lagipon telur tiruan ni diperbuat daripada bahan kimia..
cuma katanya.. lebih besar dari telur ayam original..
ishkk tak leh bayang kome..
sebab telur kan ada banyak gred.
besar mana tu tak tau lah.. 32 B ke 36 B ke..
atau mungkin sebesar telur dinasor??

lepas tu katanya kalo telur tiruan ni..
bila dipecahkan.. dia tak berbau.. dan tak depusat telur, berkilat dan kasar..
ishkk.. camne tu eh?? 
then kata pengerusi CAP( persatuan pengguna pulau pinang) lagi
kulit telur tiruan ni di buat dari lilin parafin, serbuk gypsium dan komponen lain lah..
cerita panjang pon.. saya tak paham menda sangat bab kimia-kimia ni..
cuma yang sangat kompem 100%
semua bahan kimia ni boleh menjejaskan kesihatan si pemakan telur tiruan..
ishkkk ngeri plak kan..~


yang penting.. korang-korang termasuk saya sendiri berhati-hati lah eh..
kalo rasa nak lebih kompidem ketulenan telur ni..
senang je.. korang amik telur yang original dan fresh kuar dari buntut sang ayam..
hah..~! yang ni kompem.. 
tak de bahan tiruan atau bahan kimia..
ngeeeheeee
^___________^

ok sumpah jijik gila.. dah nak kiamat kot.~

Wednesday, April 6, 2011

entry ni basi macam gulai yang dah berbuih-buih kot..
sebab video ni actually CIK EPAL dah post entry ini kat blog dia..
and dah berapa ramai umat dah dok tulis-komen-share dekat facebook
cuma saya jelah masih di zaman kaler itam putih..
sebab tak tengok video hawek-hawek cun tu kan..

arakian berok-band saya kan kelajuan dia plak tahap kuasa kuda monopouse..
so malas gila punya nak tunggu loading..
mampu segelen air liur basi meleleh baru abes load kot..~
so.. sangguplah saya membaca celoteh cik epal dan komen yang lain nya untuk dapat gambaran video ni..


fuhhhhh...
tapi tadi petang.. line berok-band ni cam hebat plak kan..
sempat lah nengok video MISS MALAYSIA PAHANG kat facebook..

perghhh..
terkesima-terdiam-terkaku
ok bapuk-bapuk nya cun gile~!! cuma suara memang sumpah tak best.
body solid molid..
tapi persoalannya..
camne acara-acara yang tak masuk di akal ni boleh dianjurkan..
siap ada penyanyi irama tradisional bertudung lagi perform and kumen..~

haishhh.. sah lah..
dunia ni dah nak kiamat...

yang paling menggelikan anak tekak saya bila.
kuar ayat dari mulut sang juara MISS MALAYSIA PAHANG tu

" terima kasih kepada suami saya yang bla.bla.bla"

oishhhhh... GILE ko mak..
dah berlaki ko..
again terpaku. saya hanya mampu berdoa dalam hati..
semoga masih ada kesempatan untuk golongan ini berubah.~ amin...
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS