click please :)

pilihan kau : menyakiti or disakiti ?

Monday, January 2, 2012

assalamualaikum ~

yeay dah masuk tahun baru lah..
happy 2012.. semoga diri tidak mudah alpa pada tahun ini..
so apa azam anda??

azam saya simple saja kot. tapi agak sukar digapai kalau pikir balik..

as usual saya mahu gembirakan hati orang sekililing saya.

lebih appreciate & cuba menyenang dan memudahkan kehidupan mereka
dan dapat mengubah diri supaya lebih baik dari hari-hari semalam

azam-azam lain yang lebih details?? cukuplah saya simpan jadi benchmark
supaya tak tersasar dalam merencana hidup pada masa hadapan. :)


yes demi azam yang macam ni..
saya mungkin terpaksa menyakiti hati sendiri demi melihat orang lain tersenyum
dan saya juga mungkin melukakan hati sendiri demi kebahagiaan orang lain.
but its ok kan :)

melihat senyuman yang terukir dekat wajah-wajah yang kita sayang
rasanya lebih bernilai dari hanya kau yang tersenyum 
sedangkan orang lain bersumpah seranah berbakul dekat kau kan-kan-kan?..

saya jugak berharap saya lebih kuat dan berani di hari mendatang
ye tahun ini.. 2012
saya akan  belajar supaya lebih appreciate orang yang menyanyangi saya.
belajar lebih menghargai sebelum kehilangan mereka
dan berharap supaya mereka akan sentiasa tersenyum kerana saya.

yes demi 2012.
pilihan saya is kurangkan menyakiti hati orang lain.
dan biarlah hati saya disakiti
ohhh dan paling penting.. kurangkan tahap kedegilan kau asma~!.
eceh.. camne sekalipon menda ni semua bergantung pada terma dan syarat ok..*grin*

so azam korang macam mana?




2011 dan kenangan ~

Saturday, December 31, 2011

assalamualaikum ~

wheee sedar tak sedar dah penghujung 2011.
awesome kan awesome kan??
bukak mata tutup mata dah penghujung tahun
alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas
alhamdulillah sebab banyak mengajar tentang erti hidup.
alhamdulillah sebab memberi pelbagai rasa sepanjang tahun ini

even tahun ini berakhir dengan perasaan saya seorang LOSER
walaupun bermula dengan penuh kegembiraan pada dasarnya.
seya tetap bersyukur. ya. alhamdulillah.. *tersenyum*

rangkuman akhir 2011 untuk kenangan buat saya ~

sesungguhnya 2011 penuh dengan kehilangan 
dari bermulanya Januari hingga tamatnya Disember
kehilangan arwah datuk dan pakcik serta orang tersayang secara beturut
perginya kawan seperjuangan ke rahmatullah juga berselang seli pada tahun ini
kesilapan dan kelalaian dalam merencana kehidupan
tersasar dari landasan dan hala tuju
dan akhirnya masih terumbang ambing untuk masa hadapan


wahai hari terakhir tahun 2011
saya hanya berharap ia masih mampu membuat saya tersenyum..
mungkin ya 2011 terlalu pahit untuk saya
tetapi alhamdulillah saya masih mampu mengukir senyuman di wajah orang lain

dan hari ini matahari memancar ceria
semoga hari ini juga berakhir dengan kecerian di wajah saya
2011 terima kasih kerana banyak mengajar erti hidup
kesedihan, kegembiraan dan juga kehilangan
ya ALLAH terima kasih untuk semuanya
kerana-Mu aku masih mampu tersenyum dan menelan pahitnya kehidupan~

pssst : semoga 2012 bermula dengan penuh kegembiraan



jom melalak secara berjemaah :D

Friday, December 30, 2011

assalamualaikum..

jom entry kali ni saya nak ajak melalak beramai-ramai jom..
tapi siyesly saya bukan layan sangat lagu kot
tapi sebab terdegar lagu ni banyak kali time lepak ngan member
so lagu ni jadik melekat kat otak wat masa skang
tambah plak lately mood kelaut tahap gear lima
memang effek sawan and kerem otak jugak tiga hempat ari kan. =.="

maka amaran keras.. untuk sapa yang heart broken dan sedang berhati rapuh
adalah tidak digalakkan dengar lagu ni..
musykil akan tacing dan mood ke laut plak nanti ~
dan sesungguhnya saya tak bertanggungjawab 
dengan segala side effect yang buleh mencacatkan hati anda ok.

so meh-meh-meh..
malas nak bebel banyak-banyak
jom korang-korang melalak secara berjemaah dengan saya..


tak cukup lagi lirik kat atas?
nah amek bawah ni..

masih terbayang di ruangan mataku
saat indah bersamamu dulu
masihku ingat janji manismu
bertakhta dihatiku
dikala itu engkaulah bintang
menyuluh malam yang kegelapan
tetapi kini tiada lagi
tinggal aku sendiri
** percintaan ini amat memilukan
perpisahan ini sungguh menyakitkan
namun apa daya terpaksa ku telan
semua kepahitan
kepiluan ini meracun hidupku
kesunyian ini membunuh jiwaku
tergamak kau sayang
melihat diriku dalam kesedihan
dipermainkan olehmu
sia-sia saja percintaan ini
tak bisa sampai ke puncaknya
sekelip mata hilang semuanya
yang tinggal hanya airmata
ulang **


psssttt :tengah tunggu putera katak nyanyikan lagu kat bawah ni
penghujung cintaku - pasha ft adelia
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS