click please :)

kasihan itu bukan cinta :)

Monday, February 20, 2012





 
wahai 'saya'..
 ingatlah hati 'saya' itu dah penat terluka..
ini musim gembira bukan musim air mata
hati yakin tak perlu adanya peluang kedua.
 andai kata kau sendiri tak inginkan nya
 
 
wahai kamu.
 cinta dan kasihan adalah dua perkara berbeza
sila hadam dan fikirkannya
 'saya' itu tetap sama dulu dan selamanya
tapi hati 'saya' sekarang bukan kamu pemiliknya
maka semua itu tak akan bawa sebarang makna
 
wahai kamu dan saya .
mungkin kalian patut pertimbangkannya
dunia kamu dan saya berbeza dan tak kan sama.
sudah-sudah lah hati kamu tak perlu lagi saya jaga
kerana saya dah muak dan penat dengan semuanya
 
cuma doa dan harapan saya
semoga kamu tahu yang kasihan saya itu bukan CINTA 
 
 
 mode : # cermin yang retak tak kan sama macam sebelumnya

janji itu bukan omong kosong.~

Saturday, February 18, 2012





 
hidup kita sentiasa penuh dengan janji dan omongan kan?
berjanji untuk sentiasa setia, bersama selamanya
berjanji dengan ahli keluarga, sahabat hatta ketika bercinta 
berjanji dari sekecil kuman hingga berkaitan nyawa 
 


 
cuba kenang kembali apa janji-janji yang korang belum tunaikan?
atau
korang berjanji tapi akhirnya korang terlupa atau buat-buat lupa 
kerana korang tak sanggup or tak mampu lakukan??

hanya mampu mengingatkan dan berpesan..
kepada diri sendiri terutamanya 



jangan berjanji andai tak mampu tunaikan
jangan terus memberi harapan jika akhirnya ia akan melukakan
jangan berharap jika sudah pasti janji itu hanya sekadar omongan
jangan terus menyulam impian andai akhirnya janji cuma mainan..

 
 
# sentiasa memandang serius bila berjanji ~
dan cuba pastikan setiap janji dapat ditunaikan bukan hanya satu impian
 

ganjal bukan janggal ~

Friday, February 17, 2012




pernah tak korang rasa satu situation..
dimana satu masa kau sangat rapat dengan umat-umat tertentu
boleh dikatakan teman terbaik dikala suka dan duka.
tapi secara tiba-tiba kau mula rasa ada ruang-ruang
lompong kosong sehingga rasa ganjal itu wujud.


janggal bukan bila kita
tiba-tiba hilang kata-kata
tiba-tiba macam tak pernah bertegur sapa
sedangkan dulu kau atau dia lah penawar duka
kau dan dia tempat meluah rasa tempat berkongsi gelak ketawa
tempat menghambur segala hiba



janggal bukan bila
jika dulu kita ketahui hatta isi hati mereka
tiba-tiba kita hilang punca tentang mereka
adakah mereka yang kian lenyap dalam diri kita
atau kita yang kian kelam dalam ingatan mereka?


masih tertanya-tanya
salah siapa..
saya - dia - mereka - atau kami semua


*sigh*


# masih percaya saya tetap sama ceria even dalam hati ada luka




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS