click please :)

calon suami II ~

Tuesday, January 3, 2012

assalamualaikum.~

dua tiga hari ni kan saya sibuk jadi kaunselor chenta.
phiewww.. syok kot jadi pendengar bab-bab cinta ni
kasi nasihat dan cadangan untuk orang aplikasi
tapi tekial-kial bila kena batang hidung sendiri 

berbalik pada tajuk entry..
calon suami weh calon suami..
sebab tetiba saya sentap ngan statement kengkawan saya seminggu dua ni..
katanya umur saya dah meningkat maka saya patot fokus pada isu jodoh dan kahwin..
kang tak memasal jadik ANDARTU
so nak tak nak saya kena hadam katakata diorang 
dan cuba renung untuk masa hadapan
even honestly chapter ni paling saya elak dalam hidup kot..

calon suami..
sumpah at the age of 20 pelus pelus.
 saya tak pernah terlintas pon nak the other half yang macam ni


sebab saya tahu saya bukan cumel macam scha al yahya kot.
and saya bukan retis nak orang hensem macam ni.

saya cuma seorang budak lurus bendul
yang senang ditipu dan diperkotak katikkan macam DP facebook saya kot.
in fact saya cuma berharap dan berdoa
my the other half is seorang yang mampu terima sisi gelap saya.

- saya manyak mulut and suka bebel
- saya tak pandai masak or jaga anak dan clumsy serta pelupa
- saya pemalas tahap gear ke lima, ngada-ngada, suka memberontak juga degil
- saya cepat naik hangen dan salah faham tambah-tambah bila saya ngantok and penat
- and to be honest saya ada tahap konpiden level yang rendah 
- and orang cakap saya terlalu baik hati dan susah nak cakap TAK 
- pelus saya suka memendam rasa dan cakap lepas je. 

hah ada tak yang buleh handle saya?
saya adalah umat yang fragile and need to handle with care.
kahkahkahkah..

tapi sebenarnya if cakap pasal calon suami..
saya sebenarnya hanya terbayangkan umat ini..


ok here is my inchi ayah..

 - good listener and tak banyak cakap. sebab mak saya manyak cakap kot. if dapat partner yang banyak mulut gak.. pecah lah umah ok
- particular and pandai berjimat dalam bab kewangan
- penyabar dengan kerenah lapan orang anak-anak dia yang sensorang macam mesin putus fius sampai ayah just mampu senyum or geleng kepala je bila full house
- and even ayah tak banyak cakap. ayah kelakar sebenarnya sebab ayah is my tag team time kitaorang or adik beradik sakat mak sampai mak majuk
- penyayang dan manjakan saya kot sebab at the age of 20 pelus-pelus ayah still tolong potongkan kuku saya lagi.. *blushing*
- dan paling penting ayah bukan panas baran tapi bila ayah dah start berdehem semua orang dah nebes gila dan insap beberapa saat

please sapa yang rasanya ada calon yang quiet resemblance
macam characteristic ayah saya yang saya dah describe kat atas tu..
silalah amek borang pencalonan di kaunter tebus hadiah ok
sumpah if korang ada ciri-ciri macam ayah saya
percayalah korang akan menang dengan majoriti 2/3 undi time
 meminang saya or adik beradik saya kehkehkeh

so amacam.. ada tak calon berwibawa cam saya describe tu..
kalo tak cukup ilmu di dada.
buleh lah datang berjumpa and berguru ngan ayah saya sendiri..
muahahahaha itu pon kalo berani lah takot kena libas ngan rotan je :)


pssst: akteli saya tak mintak pon macam-macam
cukuplah my the other half boleh bimbing saya and saling melengkapi..
and ada time saya perlukan dah enough :)





pilihan kau : menyakiti or disakiti ?

Monday, January 2, 2012

assalamualaikum ~

yeay dah masuk tahun baru lah..
happy 2012.. semoga diri tidak mudah alpa pada tahun ini..
so apa azam anda??

azam saya simple saja kot. tapi agak sukar digapai kalau pikir balik..

as usual saya mahu gembirakan hati orang sekililing saya.

lebih appreciate & cuba menyenang dan memudahkan kehidupan mereka
dan dapat mengubah diri supaya lebih baik dari hari-hari semalam

azam-azam lain yang lebih details?? cukuplah saya simpan jadi benchmark
supaya tak tersasar dalam merencana hidup pada masa hadapan. :)


yes demi azam yang macam ni..
saya mungkin terpaksa menyakiti hati sendiri demi melihat orang lain tersenyum
dan saya juga mungkin melukakan hati sendiri demi kebahagiaan orang lain.
but its ok kan :)

melihat senyuman yang terukir dekat wajah-wajah yang kita sayang
rasanya lebih bernilai dari hanya kau yang tersenyum 
sedangkan orang lain bersumpah seranah berbakul dekat kau kan-kan-kan?..

saya jugak berharap saya lebih kuat dan berani di hari mendatang
ye tahun ini.. 2012
saya akan  belajar supaya lebih appreciate orang yang menyanyangi saya.
belajar lebih menghargai sebelum kehilangan mereka
dan berharap supaya mereka akan sentiasa tersenyum kerana saya.

yes demi 2012.
pilihan saya is kurangkan menyakiti hati orang lain.
dan biarlah hati saya disakiti
ohhh dan paling penting.. kurangkan tahap kedegilan kau asma~!.
eceh.. camne sekalipon menda ni semua bergantung pada terma dan syarat ok..*grin*

so azam korang macam mana?




2011 dan kenangan ~

Saturday, December 31, 2011

assalamualaikum ~

wheee sedar tak sedar dah penghujung 2011.
awesome kan awesome kan??
bukak mata tutup mata dah penghujung tahun
alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas
alhamdulillah sebab banyak mengajar tentang erti hidup.
alhamdulillah sebab memberi pelbagai rasa sepanjang tahun ini

even tahun ini berakhir dengan perasaan saya seorang LOSER
walaupun bermula dengan penuh kegembiraan pada dasarnya.
seya tetap bersyukur. ya. alhamdulillah.. *tersenyum*

rangkuman akhir 2011 untuk kenangan buat saya ~

sesungguhnya 2011 penuh dengan kehilangan 
dari bermulanya Januari hingga tamatnya Disember
kehilangan arwah datuk dan pakcik serta orang tersayang secara beturut
perginya kawan seperjuangan ke rahmatullah juga berselang seli pada tahun ini
kesilapan dan kelalaian dalam merencana kehidupan
tersasar dari landasan dan hala tuju
dan akhirnya masih terumbang ambing untuk masa hadapan


wahai hari terakhir tahun 2011
saya hanya berharap ia masih mampu membuat saya tersenyum..
mungkin ya 2011 terlalu pahit untuk saya
tetapi alhamdulillah saya masih mampu mengukir senyuman di wajah orang lain

dan hari ini matahari memancar ceria
semoga hari ini juga berakhir dengan kecerian di wajah saya
2011 terima kasih kerana banyak mengajar erti hidup
kesedihan, kegembiraan dan juga kehilangan
ya ALLAH terima kasih untuk semuanya
kerana-Mu aku masih mampu tersenyum dan menelan pahitnya kehidupan~

pssst : semoga 2012 bermula dengan penuh kegembiraan



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS