click please :)

2011 dan kenangan ~

Saturday, December 31, 2011

assalamualaikum ~

wheee sedar tak sedar dah penghujung 2011.
awesome kan awesome kan??
bukak mata tutup mata dah penghujung tahun
alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas
alhamdulillah sebab banyak mengajar tentang erti hidup.
alhamdulillah sebab memberi pelbagai rasa sepanjang tahun ini

even tahun ini berakhir dengan perasaan saya seorang LOSER
walaupun bermula dengan penuh kegembiraan pada dasarnya.
seya tetap bersyukur. ya. alhamdulillah.. *tersenyum*

rangkuman akhir 2011 untuk kenangan buat saya ~

sesungguhnya 2011 penuh dengan kehilangan 
dari bermulanya Januari hingga tamatnya Disember
kehilangan arwah datuk dan pakcik serta orang tersayang secara beturut
perginya kawan seperjuangan ke rahmatullah juga berselang seli pada tahun ini
kesilapan dan kelalaian dalam merencana kehidupan
tersasar dari landasan dan hala tuju
dan akhirnya masih terumbang ambing untuk masa hadapan


wahai hari terakhir tahun 2011
saya hanya berharap ia masih mampu membuat saya tersenyum..
mungkin ya 2011 terlalu pahit untuk saya
tetapi alhamdulillah saya masih mampu mengukir senyuman di wajah orang lain

dan hari ini matahari memancar ceria
semoga hari ini juga berakhir dengan kecerian di wajah saya
2011 terima kasih kerana banyak mengajar erti hidup
kesedihan, kegembiraan dan juga kehilangan
ya ALLAH terima kasih untuk semuanya
kerana-Mu aku masih mampu tersenyum dan menelan pahitnya kehidupan~

pssst : semoga 2012 bermula dengan penuh kegembiraan



jom melalak secara berjemaah :D

Friday, December 30, 2011

assalamualaikum..

jom entry kali ni saya nak ajak melalak beramai-ramai jom..
tapi siyesly saya bukan layan sangat lagu kot
tapi sebab terdegar lagu ni banyak kali time lepak ngan member
so lagu ni jadik melekat kat otak wat masa skang
tambah plak lately mood kelaut tahap gear lima
memang effek sawan and kerem otak jugak tiga hempat ari kan. =.="

maka amaran keras.. untuk sapa yang heart broken dan sedang berhati rapuh
adalah tidak digalakkan dengar lagu ni..
musykil akan tacing dan mood ke laut plak nanti ~
dan sesungguhnya saya tak bertanggungjawab 
dengan segala side effect yang buleh mencacatkan hati anda ok.

so meh-meh-meh..
malas nak bebel banyak-banyak
jom korang-korang melalak secara berjemaah dengan saya..


tak cukup lagi lirik kat atas?
nah amek bawah ni..

masih terbayang di ruangan mataku
saat indah bersamamu dulu
masihku ingat janji manismu
bertakhta dihatiku
dikala itu engkaulah bintang
menyuluh malam yang kegelapan
tetapi kini tiada lagi
tinggal aku sendiri
** percintaan ini amat memilukan
perpisahan ini sungguh menyakitkan
namun apa daya terpaksa ku telan
semua kepahitan
kepiluan ini meracun hidupku
kesunyian ini membunuh jiwaku
tergamak kau sayang
melihat diriku dalam kesedihan
dipermainkan olehmu
sia-sia saja percintaan ini
tak bisa sampai ke puncaknya
sekelip mata hilang semuanya
yang tinggal hanya airmata
ulang **


psssttt :tengah tunggu putera katak nyanyikan lagu kat bawah ni
penghujung cintaku - pasha ft adelia

perempuan dan makeup :)

Thursday, December 29, 2011

assalamualaikum..

phiew-phiew...
apesal eh orang suka-suka nak suh kita mekap..
mencik tau mencik.. *sigh*
ok.. akteli memana saya pegi kot. keje ke belaja ke.
mesti ada yang bebel and tanya apesal saya tak makeup? 
mesti lagik cantik lah. mesti lagi bla-bla-bla
apesal eh apesal eh?
buleh tak tulung jawapkan?

aci tak nk cakap sebab saya cantik original tak yah mekap bagai.
muhahahahaa ok sumpah gedik..
takde lah.. wahai kawan-kawan
sapa yang pernah nengok saya ni..
muka saya memang rarely ada mekap kan? kan?
cukup ada bedak ngan lipgloss je kot. tu pon kadang-kadang tak pakai
gila malas. hahahahaa


jujur saya memang tak pandai makeup.
tak pandai berfahion jadah ni.
nak lilit selendang sampai tercekik pon i tak reti..
last-last kang jadik cam roti canai atas kepala tak ke haru??
tapi kawan baik saya kebanyakannya semua jenis bersiap 2-3 jam depan cermin
so saya mampu kritik mekap orang lain. but tok try please NO

cukuplah simple sebab cantik-cantik sangat pon tak kasik pekdah mana pon
sumpah. maybe ada yang tak setuju ngan entry dan pandangan saya ni
tapi setiap orang ada cara yang berbeza kan.
mungkin mekap buat korang lebih konpiden dengan diri sendiri
dan rasa lebih selesa. tapi saya dah cukup macam ni

tipu if kata tak nak cantik
semua orang nak nampak cantik
and kengkadang muka saya hanya akan bermekap if ada occasion and 
if ada orang rajin menconteng muka buat uji kaji kat saya..
tapi siyes saya senang macam ni..
 please saya tak cantik and tak terfikir nak cantik
save bajet. save masa bersiap kekekeke
so korang plak camne?

psst : cantik dimata tuhan tu lagi penting kan-kan-kan?





 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS