click please :)

tahniah wahai inchi ex-boyfie :)

Friday, January 20, 2012

assalamualaikum

maaf lambat sket entry arini kan?
bukan apa haihhhh hati saya masih tak keruan..
patah hati ni tapi tak pe saya redha dan pasrah
akhirnya kau bertemu jugak jodoh kau kan wahai ex boyfie??
bekas insan kesayangan hati saya akhirnya dah bertemu jodoh.. *sigh*
patotkah saya kuciwa dan sedih??


takpe lah.. tahniah-tahniah-tahniah..
sampai hati u tak jemput i kan??
sampai hati you. sampai hati..~ *lap airmata*
haihhhh kuciwa, sedih, dan gembira.. semua ada
akhirnya berjaya kau lupakan aku wahai inchi boyfie..

meh saya nak tujukan lagu adele - someone like you
khas untuk diri sendiri..

never mind i'll found someone like you.
i wish nothing but the best for you too
dont forget me i begged, i remembered you said
sometime its last in love, sometimes it hurts instead

sobsobsobsob..
tahniah lah wahai inchi boyfie.
tahniah lah weh tahniah.. wa tengah senyum abes plastik dah ni
semoga berbahagia lah wahai mister ex boyfie..
semoga kekal hingga ke hujung nyawa..
memang chantek pon pilihan hati you..
dah lah cantik pandai plak tu..
 tak macam i kan kan kan..
patotlah kita tak sesuai bergandingan
*sigh* tersedar dan berpijak di bumi nyata


tahniah awak..
jaga inchi ex boyfie saya elok-elok ok..
jaga makan mimum pakai dia ok..
untung lah awak dapat dia.. :)

dush dush dush..
lepas kena sekeh bertubi-tubi baru sedar di bumi nyata
hahahhaa sebnarnya wa tengah meroyan nengok orang kawen..
wehhhh wa pon nak KAWEN jugakk~!!!!!
kehkehkeh

errr berapa ramai yang ngaku tu ex dia selain saya?
cuba angkat tangan :)





limau mandarin dan kenangan :)

Thursday, January 19, 2012

assalamualaikum..

wheeee tahun baru cina dah dekat kan.. 
baru terasa aura raya cina bila melantak limau mandarin.
 melantak limau mandarin sampai tercirit baru thrill rasanya :)

saya sangat suka limau mandarin..
manis kot besar and kaler oren..
tu yang mahal lah kan.. yang tak mahal diskaun lah rasa manisnya
ehhh gumbira je tau rasanya dapat makan limau ni.
kehkehkeh if manis memang gumbira senyum sampai telinga
if dapat yang masam??
muka pon otomatik jadik masam.. then mulut bebel and komplen tanpa henti


limau mandarin dan kenangan..
arwah atuk saya yang saya panggil tok'ki
sangat sangat sangat suka makan limau mandarin
tahun lepas, arwah siap merajuk lagi coz limau mandarin abes
biasalah family saya besar kot sekotak tu tak sampai sehari pon boleh habis ok

orang tua punya merajuk sangat cumel.. mogok tak mahu makan kot.
gantilah dengan limau kecik-kecik or sunkist pon tak dipandangnya
merajuk sampai bila dikenang balik saya senyum sendiri
arwah akan tarik muka merajuk macam budak-budak
bebel-bebel or ngomel tanpa henti
  nak pujuk senang je kot, saya start enjin kereta and ke pasaraya 
belikan 2 kotak limau mandarin
terus tersenyum arwah dan beliau terus simpan sekotak di bawah katil beliau.
punyalah takot tak sempat makan kan..

tapi tu semua dulu..
sekarang.. rumah dah tak havoc..
tak perlu susah-susah belikan limau mandarin berkotak-kotak
tak perlu sorok-sorok nak curik amek limau mandarin bawah katil tok'ki
tak perlu gelak ketawa bila tok'ki mengomel limau nya masam
tak perlu nak pura-pura innocent bila tok'ki tanya kenapa limau dia tinggal sikit.

ishkkk sumpah saya rindu.. tapi tu semua dulu
sekarang ni tu semua hanya kenangan..
*sigh*

notakukukaki : hargai semua yang masih ada. :)



wordless wednesday # 23 - gloomy day

Wednesday, January 18, 2012


tetiba je mood spoil.. haihhh kuatkan hati hambuMU ini ya ALLAH
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS