click please :)

pasangan hidup :)

Sunday, January 29, 2012

assalamualaikum 


nengok tajuk entry memang tak menahan kan
sah-sah satgi si miera edora, naiemah ngan adilla saddam kondem saya
kata tak menahan kak asma cari jodoh kan kan kan??

 akteli tadi saya tertarik dengan wallpost ex-rumet saya time lower form dulu

katanya

" amalan pertama yang ditimbang di akhirat adalah SOLATjadi carilah calon suami yang menjaga solat, walaupun rupanya tak seberapa, atau kerjanya tak seberapa. kerana  percayalah INSYA ALLAH dia lelaki yang baik dan boleh membimbing"

fuuuuhhhhh tersenyum bila baca wallpost beliau :)
tudia.. terima kasih wahai sahabat atas ingatan..
betulkan lah niat dalam mencari pasangan hidup ye kengkawan.. 

betul lah kan kalau kau berkahwin kerana harta, memang harta bukan sumber bahagia
dan kalau kau berkahwin kerana kecantikan, memang cantik itu bukan selamanya kan :)
so pilihlah yang memiliki agama, insya allah sejahtera hidup kita..


phiewwwww...
terasa macam entry ni serius kan??
ahhhhh peduli lah..
yang penting saya buleh hengatkan diri sendiri supaya tak terlalai dalam hidup.. :)
semua orang tak sempurna..
so saya harap akan dapat orang yang mampu bimbing diri saya
dapat menutup lompong diri..
yang boleh membantu ke syurga dan mengelak dari menarik beliau ke neraka..

again kengkawan..
nengok balik calon korang tuh..
kalo rasa solat beliau pon setahun sekali time raya aidilfitri je kan..
wajar ke nak di jadikan imam korang?? berharap untuk kemudi hidup korang nanti?
wajar ke orang camtu nak dijadikan bapak anak korang nanti?

tapi maksud saya bukan korang kena carik ustaz untuk kahwin ngan korang
nanti kesian yang bukan ustaz tak de orang kahwin plak kan??
cari orang yang beragama.. ada pegangan hidup..
solat tu tiang agama..
kalo solat dia pon caca marba?? so korang rasa macam mana?

yang penting orang tu sanggup berubah kepada kebaikan
bukan pada kemungkaran :)

again..
fikir-fikirkan dan selamat beramal.. :)


maaf, maaf dan maaf :)

Saturday, January 28, 2012

assalamualaikum.


maaf inchi kamu..
kalau hati kamu tergelincir kerana saya
sumpah saya tak berniat untuk buat begitu
permainkan hati kamu?? langsung tak terlintas untuk itu

maaf inchi kamu..
jujur hati saya masih dalam tempoh trauma
parut lama masih terkesan even lukanya hampir tiada
yes senyuman terukir kerana hati saya, hanya saya yang tahu

maaf inchi kamu..
bukan saya tak mahu tapi biar sebab itu saya simpan sendiri
tapi bukan juga bermaksud saya mahu tapi cukuplah kita begini :)


maaf inchi kamu
saya suka bergurau, awak juga begitu
maka kesimpulannya itu hanya gurauan bukan perkara serius kan :)
dan harap kita tetap ceria seperti masa lalu

maaf inchi kamu
kadang-kadang sayang dan rindu itu hanya ucapan
dan pada saya ia tidak pernah meninggalkan kesan
dan saya berharap di hati kamu ia juga tiada sebarang kesan

maaf inchi kamu
harap hati kamu kembali di landasan nya
jangan berharap sebab saya pasti bukan saya orangnya
jangan tanya kenapa dan mengapa
kerana mungkin awak akan terluka dengan jawapannya 

Tumblr_lyhove3npm1r00vtxo1_500_large


maaf inchi kamu
maaf maaf maaf
mungkin ya hati belum bersedia titik :)


notakukukaki : meng heart broken kan hati orang memang tak best kan ~




doa untuk ibu :)

Friday, January 27, 2012

assalamualaikum

kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dakapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku ~ ungu 

ye saya angah yang nakal
angah yang degil dan suka memberontak
angah yang suka melawan kata dan ambil mudah dalam kehidupan
angah yang sering kali terkena sindrom anak kedua
angah yang ntah pape dan suka buat emak pening..

tapi ketahuilah mak
angah yang kengkonon kental ni
menangis rindukan masakan mak nya bila jauh dari rumah 
sumpah horor mak buleh gelak besar bila tau saya nanges terseak-esak 
sebab nasi goreng mak

angah yang poyo ganas ni
selalu menangis panggilkan emak bila sakit 
sampai mak kata rimas lah jangan nak mengada sangat angah
awak dah besar :)

dan angah yang selalu menyakat dan mengutuk mak ni
sangat berharap satu hari nanti dia jugak persis emaknya
bila sudah berumah tangga dan beranak pinak 
perghhh mak saya hebat ok.. 
handle 8 orang anak yang semuanya spesis masuk air
dan terlalu jujur sampai nak menitik air mata bila masuk part kondem mengondem

eh banyak lah angah nak mak tahu ikotkan..
yang paling penting..
angah arap angah dapat buat mak senyum setiap masa

hohohohoh cara tulis macam mak saya baca je entry ni kan kan kan :)
tak kisah lah asyik inteprem ayah je kan
so kali ni saya interprem mak plak..
sayang mak kuasa infiniti :)

pssstt : semua mak, ibu, mama, mummy or whatever korang panggil
osem kan.. :) tu specialnya emak :)
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS