click please :)

zizan & dira tak havoc.. betul kan??

Sunday, April 17, 2011

saya tak layan sangat MELODI actually..
kira macam kengkadang je tertengok..
huhuhuhu kejam je statement kan..

credit : inchi google
bukan apa..
menyampah ngan michelle dan lame isu dalam melodi tu..
macam saja je nak wat kontroversi kan..
lagipun.. isu dia cam dah lapuk je..
oh bulan ngan beutiful nara dah post kat blog..
seminggu dua baru nak cerita kat melodi..
haiyyyaaaaa... dah basi ho0ookey

plus..
super duper malas nengok melodi skang..
bila pengacara dia bukan fafau and wahid..
personal view lah..
macam lemau semacam je dira and zizan..
tak ngam ah.. bosan..
ingatkan bila dah tukar pengacara
saya aan tertarik..
tapi haisssssshhhh... sama je...

B.O.R.I.N.G


ouhhhoooo.. maybe kalo FAFAU dengan ZIZAN 
mesti ok balik kot...
ohhh sapa setuju..
cepat angkat tangan,,~!!!

nur kasih the movie...~

Saturday, April 16, 2011

who0oot.who0ot nengok iklan ke video clip ni


nur kasih the movie hokkkeeeyyy...
dekat tv3

tak sabar nak nengok apa sambungan dia ni..

- apa jadi dengan aminah.. adam.. sarah.. dan aidill.. eh???

hurmpphhh cuma nak kumen untuk vc ni...
errrrrrr.... suara tiz... tak brapa jelas lah..
lagi best kalo ost dulu je..
yg yasin nyanyi... ^^

tp vc.. cantek... nmpk suci gila muka tiz.. tambah2 pakai baju putih kan..~

credit to : facebook nur kasih the movie

tayangan dia  ---- >15 mei 2011..
soooo apa lagiiii..
jom countdown sama-sama..
tungggggggguuu~

ohhhh lupa..
kalo nak cuci mata nengok gambar-gambar laen...
untuk nur kasih the movie ni..
bolek like page facebook ni ok

facebook - nur kasih the movie

betul ke untuk elek melecet kena gigit selipar or kasut??

Friday, April 15, 2011

nak tanya ni?? korang pernah tak terkena simptom-simptom dimana
kasut or selipar baru korang yang cantik lagi blink.blink itu
telah "memakan" kaki korang???


orang kata lah kan..
petua tak mau melecet...
senang je.. sapu minyak sket kat ujung kaki tu..
minyak apa tak tau lah..
minyak baby ke.. minyak masak ke.. minyak petrol ke kan.
yang penting beliau ada lah spesis minyak...

tapi kan.. ada plak petua dulu kala lah..
yang kata..
korang kena gigit kat ujung kasut or selipar baru korang yang mahal tu..
so at the end nanti dia tak lah gigit kaki korang..
kira nya.. sebelum lu gigit wa.. biar wa gigit lu dulu eh..
tapi kalo setakat flip flop korang tu tak yah ngada-ngada lah ko gigit hokey..~

saya akteli tak tau sejauh mana kebenarannya..
tapi kan kawan saya sorang memang buat menda ni..~
errrr sumpah.. memula saya memang gelak guling-guling..
sebab dia dengan innocent tahap tinggi punya..
tanya saya gigit tak wedges baru saya..
sebab time tu kaki both melecet..

and memang agak tercengang..
bila dia suh gigit wedges tu before pakai..
gila ko.. nak gigit ujung wedges yg dah pakai even baru sekali..
geli ok nak gigit.. euuuwwwww.~

ohhh nyah.... saya lebih rela dia makan kaki saya..
dan tempek handplast kat tumit
dari gigit wedges..
pilihan lain pon simpan balik kasut or wedges tu dalam kotak..
hahahhaaa.
kalo kental sket pakai je lah..
jalan terhincut-hincut dengan muka slamber..


orang cakap tak salah sekali sekala terseksa..
kata nak cantik kan...


korang plak camne???

mahu duit RM 1000 percuma???


walllaaaahhh..
duit free wehhh.. duit freeeee..~
tengah-tengah bulan sapa tak sengkek??
sila angkat kaki ok...

ni hah..
says.my punya promotion..
hadiah rm1k untuk yg lucky enough..
rm 1k per- day..
lucky draw ok..

so korang..
apa lagi cepat lah join..~!!!!!
says.my ok..
*big grin*

muslimah memang TIDAK GUNA

Monday, April 11, 2011

KHAS BUAT RENUNGAN DIRI SENDIRI DAN KAUM HAWA YANG LAIN NYA

Saya percaya bahawa apabila mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, kita tersangat tidak bersetuju. Sebelum mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana poin yang tidak tepat, sila nyatakan komen secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walau pun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya akan menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentokku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang TIDAK GUNA alat solek untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang B E R G U N A

eh telur ayam pon ada yang tiruan???

Thursday, April 7, 2011

wohhhooo.. zaman sekarang yang serba moden dan maju ni..
 korang jangan hengat cd je ada yang pirate..
la ni.. telur ayam pon ada yang tiruan hokkkaaayyy..
serius terkejut mak.. nyah.~!


tak percaya bacalah berita ni kat KOSMO

telur ayam tiruan ni dikatakan mirip sejibik sejibun dengan fizikal telur ayam..
eh dah nama barang tiruan..
copy pasta mesti secukup rasa kan..
kalo tak orang tak kata telur ayam tiruan tu telur ayam kan??

telur palsu ni katanya boleh memudaratkan kesihatan..
lagipon telur tiruan ni diperbuat daripada bahan kimia..
cuma katanya.. lebih besar dari telur ayam original..
ishkk tak leh bayang kome..
sebab telur kan ada banyak gred.
besar mana tu tak tau lah.. 32 B ke 36 B ke..
atau mungkin sebesar telur dinasor??

lepas tu katanya kalo telur tiruan ni..
bila dipecahkan.. dia tak berbau.. dan tak depusat telur, berkilat dan kasar..
ishkk.. camne tu eh?? 
then kata pengerusi CAP( persatuan pengguna pulau pinang) lagi
kulit telur tiruan ni di buat dari lilin parafin, serbuk gypsium dan komponen lain lah..
cerita panjang pon.. saya tak paham menda sangat bab kimia-kimia ni..
cuma yang sangat kompem 100%
semua bahan kimia ni boleh menjejaskan kesihatan si pemakan telur tiruan..
ishkkk ngeri plak kan..~


yang penting.. korang-korang termasuk saya sendiri berhati-hati lah eh..
kalo rasa nak lebih kompidem ketulenan telur ni..
senang je.. korang amik telur yang original dan fresh kuar dari buntut sang ayam..
hah..~! yang ni kompem.. 
tak de bahan tiruan atau bahan kimia..
ngeeeheeee
^___________^

ok sumpah jijik gila.. dah nak kiamat kot.~

Wednesday, April 6, 2011

entry ni basi macam gulai yang dah berbuih-buih kot..
sebab video ni actually CIK EPAL dah post entry ini kat blog dia..
and dah berapa ramai umat dah dok tulis-komen-share dekat facebook
cuma saya jelah masih di zaman kaler itam putih..
sebab tak tengok video hawek-hawek cun tu kan..

arakian berok-band saya kan kelajuan dia plak tahap kuasa kuda monopouse..
so malas gila punya nak tunggu loading..
mampu segelen air liur basi meleleh baru abes load kot..~
so.. sangguplah saya membaca celoteh cik epal dan komen yang lain nya untuk dapat gambaran video ni..


fuhhhhh...
tapi tadi petang.. line berok-band ni cam hebat plak kan..
sempat lah nengok video MISS MALAYSIA PAHANG kat facebook..

perghhh..
terkesima-terdiam-terkaku
ok bapuk-bapuk nya cun gile~!! cuma suara memang sumpah tak best.
body solid molid..
tapi persoalannya..
camne acara-acara yang tak masuk di akal ni boleh dianjurkan..
siap ada penyanyi irama tradisional bertudung lagi perform and kumen..~

haishhh.. sah lah..
dunia ni dah nak kiamat...

yang paling menggelikan anak tekak saya bila.
kuar ayat dari mulut sang juara MISS MALAYSIA PAHANG tu

" terima kasih kepada suami saya yang bla.bla.bla"

oishhhhh... GILE ko mak..
dah berlaki ko..
again terpaku. saya hanya mampu berdoa dalam hati..
semoga masih ada kesempatan untuk golongan ini berubah.~ amin...

video lucah DSAI konpem video tipu??

Tuesday, April 5, 2011

kalau part politik..
saya memang sah-sah out of space ok..
bukan apa.. dah mual dengan berita politik yang penuh dengan kepura-puraan..
dah tak tau siapa sebenarnya yang benar-benar berjuang..

lately kes video lucah DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)
digembar gemburkan..
serius saya tak berminat nak ambil tahu..
 cuma tadi tertarik dengan update seorang teman dekat facebook
siap dengan bukti-bukti dan gambar video yang dicrop..

credit : kelab greenboc

gambar kengkononnya DSAI..
ishkkk lain sgt kome nengoknya..~

dan lebih menarik saya berjumpa link blog ini ---> KELAB GREENBOC
yang menjelaskan tentang konspirasi BODOH ni..
ngeeee.. so saja lah mengodek-godek lagi 
nak baca jugak lah kan.. hipotesis dari orang laen..


hurmmmphhh.
tapi nak tau sejauh mana kebenarannya..
korang baca lah blog tu eh.. panjang sangat cerita nya..

yang pasti isteri DSAI : DATUK SERI DR WAN AZIZAH
memang jelas dan nyata bagitau 
individu dalam video itu bukan lah DSAI..

ishhhkkk dah lah..
malas nak cerita banyak-banyak..
korang rasa video tu betul ke tak??

kalau betul itu hanya video konspirasi politik..
maka berdosa besarlah yang bersubahat tu..

FITNAH tu kan dosa dia lebih besar dari MEMBUNUH..~



ini entry promo KHAS untuk pencinta novel english ~

Monday, April 4, 2011


ohhoiii... ni hah.. entry khas untuk umat si ulat buku..
kalo korang suka baca lah kan... english novel..
tak kisah lah genre apa menda sekali pon...
saya nak saran kan korang beli dekat sini...

taaadddaaaa

kome sebenornye bukan apa.. kome nak promo sket katne kome memborong
 A.KA. menghabiskan wang ringgit 
semenjak dua menjak ni...

bukan dekat lipstick MAYBELINE
bukan dekat wedges tinggi 4-5 inchi < ok nak beli sebenarnya. tapi macam membazir kan>
dan of kos.. bukan dekat memana shopping complex..~!


tapi dekat sini je ok...
dekat si PENJAJA BUKU
tepuk tangan.. baik tak baik tak??

hehehee.. actually best tau baca buku ni..
sebab senggang masa yang lapang gile..
menyebabkan hobi lama menjadi hobi kembali eh ayat apa ni??
so korang...
jangan lupa.. belek-belek lah buku kat penjaja buku eh..
mana tau ada tersangkut memana..

berbaloi-baloi ok..
korang godek-godek.. order.. bayar.. 
tadddaaaa.. esok tunggu abang posmen anto depan pintu rumah..

sepanjang beli dekat 10 buah buku dengan penjaja buku ni...
saya sangat satisfied sebab tu promo link ni tahap dewa punya ..~

bukan apa.. even kalo korang beli pre-loved punya buku pon..
buku still nampak baru hokey.~
service pon cepat.. kak liza reply setiap pertanyaan dengan semampunya..
kengkadang.. baru anto email pasai buku yang berkenan di hati..
 farmville baru nak loading kot.. email td dah dibalas o0ooo..
amacam cepat tak service..
< kak liza dah puji ni x de buku free ke?? kekekek :P >

o0ooopsss lupa plak.. kalo korang beli dengan penjaja buku..
korang akan dapat 1 bookmark selepas pembelian buku yang ke-3..
 handmade lagi hokeeey~!!
saya dah dapat satu.. cumel and opp kosss.. i LOOIKKE ganda 22..
hah ko ado??? 
bookmark dari penjaja buku..
cilok direct dari penjaja buku

hah satu lagi kan kan..
kalo korang beli bnyk buku.. at the end of the month..
kalo korang lah umat yang paling bnyk beli kan..
korang akan dapat 1 buku freee..~!! 
diulang FREE.~!!!!
hah.. ada sesiapa yang tak suka barang FREE???

so..
kepada pencinta LITERATURE..
dan juga umat-umat yang berhobikan membaca ni..
jangan lupa selak-selak lah link penjaja buku tu eh...
kalo nak lawat tumblr pon boleh..
kat sini hokey.. -----> penjaja buku - tumblr

eh?? apa lagi???
serbu lah sekarang~!!!!


gua frust lisa surihani kalah ngan fasha~!

Sunday, April 3, 2011


actually secara serius nya saya sungguh tak rajin layan mana-mana
award camni kan..
tapi malam ni sebab online dekat ngan tv..
so kepala depan screen lappy..
 and automatic telinga dengar ABPH2011

tak de yang best pon kalo ikotkan..
sebab menda ni common..
dengar orang jerit-jerit bila sebut nama artis..
dan artis pon sibuk bagi tau sapa sponsor baju diaorg..~

cuma satu je aku agak terkesima 
bila nama FASHA SANDHA disebut inchi mc..
ihsan- inchi google

dia menang ok.~!!!

O-M-G..
cuma bleh kata..
masih ramai juga peminat minah seksi ni eh???

nota kukukaki : mana pigi peminat LISA SURIHANI??

belajar atau kawen??


ohhhooo kalo dolu-dolu.. serius say NO..
bila mak or ayah suggest pasal sambung MASTER..
saya lah umat yg paling ketegaq tak mau sambung...

ohhhoiiii memang dah terkenal dgn kemalasan tahap dewa..
kelas selalu main suka suki skip..
nota jarang ada...
tetiba plak suggest suh sambung master for at least another 1 year ???
haila.haila.haila...
gila potong jari lah kalo saya kata saya nak sambung master.~

but after a month lepas free from alam undergrad..
dan dah masuk alam pekerjaan..
tiba-tiba lambaian seru untuk berkahwin  sambung blaja 
ke peringkat lebih tinggi datang berdebuk...

uhuk.uhuk.. 
akal luar batasan cam nak suggest suh sambung wat at least MBA..
tak pasal-pasal for few days ni aku dok merapu nak sambung study..
dok merengek.membebel.bersuggest dekat ayah and emak.
kalo lah saya sambung master....

skali dapat respon cukup best dengan emak..
free-free kena smash ngan sang emak..
kata mak :

dulu time degree gatai.. sibuk nak menikah??
pastu tambah alasan lain.. baru keje tak kan nak keje plak???
orang laen berbulan-bulan tanam anggur tanpa hasil..
keje lah dulu setaun dua.. baru sambung... bla.bla.bla

hurmppphhh..~
camne nih?? bagi pro and cons kalo sambung study skang bleh x??..

kompius ni..
tgh berazam berkobar-kobar nak menyetadikan diri..~
huhuhuhu

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS