click please :)

eh cinta mesti bersatu ke??

Saturday, March 31, 2012





hameek hameeekkk...
tajuk entry habes meriah kan..

*gulp*

sebenarnya bukan apa sangat pon..
nak share lagu liyana jasmay je -cinta bersatu.. :)



kau sempurna bagi ku
tak kurang sesuatu 
kau terima apa ada ku 
~ cinta bersatu : liyana jasmay

ok enough... jujur bagi gua lagu ni sooo0o sunsweet..
 aummmmm :)

even orang kata gua ni ganaih kan.. ganaih-ganaih jugak..
 dalam hati ada jurrasic park sekali ponggg
kengkadang jurassic park buleh transpom jadik taman rerama okeng  :P

tapi gua ada satu soklan simple mimple...
cinta mesti bersatu ke... kikikikikikiii..
so apa jawapan korang?




wordless yang bukan wordless... ehhhhh :)

Wednesday, March 28, 2012



 
 
kau sering tertanya-tanya..
 
di saat kau minta pelangi tapi yang hadir ialah hujan
kau minta mawar mekar tapi yang kau dapat si kaktus berduri
 kau pohon haiwan yang manja tapi yang ada hanya si ulat bulu
 
saat itu kau akan mengeluh..
tertanya-tanya kenapa dan mengapa kau tidak terima apa yang kau inginkan.
kenapa impian dan harapan kau tak dimakbulkan..
 
tapi kau sedar atau tidak..
pelangi mungkin akan muncul selepas hujan
kaktus berduri itu mungkin akhirnya berbunga indah 
dan si ulat bulu itu akhirnya berubah menjadi sang rerama cantik
 



Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui. [ Al-Baqarah : 216 ]
 
 
 ALLAH itu adil.
setiap yang berlaku ada sebabnya..
kau mohon jadi orang yang hebat dan berjaya..
maka ujian itu diberi untuk memastikan kau berjaya selesaikannya
 
itulah jalan ALLAH..
mungkin DIA tidak memberi apa yang kau harapkan
tapi DIA memberi apa yang kau perlukan

terkadang kau mungkin rasa sedih dan terluka
tapi mana tahu ada gembira di penghujungnya.
 kau mohon untuk gembira dan bahagia tapi percayalah..
bila kau bersyukur dengan semuanya
nescaya kau akan temui bahagia dan gembira
 
 
 
 
 

bakal tunangan orang... :)

Monday, March 26, 2012







tak lama lagi dah nak jadik tunangan orang..
berapa hari je lagi ni... berapa hari?? lusa ok lusa~!!
aduiiiiiiii dup dap dup dap plak rasa..
semua nya serba tak kena, buat itu cuak semacam..
buat ini pon cam lupa-lupa hilang ingatan...
ehhhh tu ke feeling nak tunang eh...
over ok over sangat-sangat.~!

tapi percayalah jauh di sudut hati..
sering tertanya-tanya
mampu ke untuk jadik yang terbaik untuk dia?
mampu ke saya memahami dia nanti?
betul ke keputusan ini...
haila haila hailaaaa garu kepala..

tapi tak pe lah orang cakap kan..
TUNANG is fasa untuk mengenali dan memahami hati budi pasangan :)


yang tengah-tegah tu lah inchi bakal tunang.. kacak tak aummmmmm~


wahai inchi bakal tunang hi selamat berkenalan..
harap masa yang kita ambil ni cukup untuk awak mengenali saya..
ikut perancangan JANUARI akan berakhir semua ni kan??
hmpppphhh cepat sungguh masa berlalu..
sekarang dah nak masuk april.. bukak mata tutup mata januari dah 

tik tok tik tok..

|


|


|


|


|



oihhhhhhh nebes oiiiiiihhhh..
tulun-tulun lah tulungggg...
tulung lempang saya weh... kelepekkkkk..
ok sumpah nebes bagi pihak LIYANA JASMAY.. *tetibe

ehhhhh.. umur dah sama.. nama dah lebih kuang je...
beday kita pon dah dekat-dekat 
muka pon dah sama cumel.. kan... oissshhhhh *sediakan baldi siap kalo nak muntah




lebih kurang kan..muka asma liyana ngan liyana jasmay..
alah tomey tomey...
miahahahahaa


LIYANA JASMAY.. 
selamat bertunang lah ngan boy next door kamu tu..
bertunang on her birthday 28 mac pada usia 24 tahun..
saya asma liyana tetibe bajet nak ada boy next door gak..  aummmm

errrrrr apesal lah gua x tak de jirang bujang??
senang sikit nak pas lobe letter LOL


nota khas  :

wahai jejaka kacak dan baik hati sekalian 
jangan hati terluka sebab liyana jasmay bertunang..
sebab asma liyana kan ada.. 
kwang kwang kwang...










entry 2 dalam 1 :)

Saturday, March 24, 2012






percaya atau tidak...

semakin jauh kau nak mengelak sesuatu benda tu..
semakin benda tu menghampiri...

semakin kau cuba membenci...
semakin lama kau sedar kau masih menyayangi...

semakin kau rasa kau kuat..
sebenarnya kau lemah dan cuba mengelak dari menghadapi...

hahhhhh... sebab tu orang cakap kan
jangan terlalu membenci.. dan jangan terlalu menyayangi :)
 

* * * * * *
 
 
I can't waste time so give it a moment
I realize, nothing's broken
No need to worry 'bout everything I've done
Live every second like it was my last one
Don't look back at a new direction
I loved you once, needed protection
You're still a part of everything I do
You're on my heart just like a tattoo

Just like a tattoo
I'll always have you
 
~ jordin sparks - tattoo ~  

wheeeee dulu selalu nyanyi lagu ni dengan ex rumet dan akak senior..
sekarang pon nyanyi lagu ni lagi :P
 
* * * * * *
 
 

cuti rehat :)

Tuesday, March 20, 2012



 
 


 
 sekali sekala nak kasik lu'olls rindu-rinduan ngan wa takpe kan ~
bajet ada orang rindu lah kan..
puihh puihhh puihhhhh ~

padahal gua lupa password LOL

esok lusa insyaALLAH gua muncul balik auuuummmmm :)
 
 
# not all scars show, not all wounds heal
sometimes you cant see the pain someone feels

sudah tiba masanya

Sunday, March 18, 2012





sebenarnya....

terlalu banyak perkara yang nak ditaipkan di sini
cuma mungkin masa dan keadaan memaksa ianya disembunyi

sejujurnya memang banyak perkara yang ada di fikiran
tapi hanya kata-kata yang layak untuk jadi perantaraan





mungkin....
sudah tiba masa diri menghilang lagi.
mungkin untuk sementara
mungkin juga untuk selamanya


psssssttt : kegembiraan dan kecerian untuk boleh dilakonkan 
mengikut tempat, masa dan suasana





wordless wednesday # 28 - 24 :)

Wednesday, March 14, 2012


 
 
 
 
maceh buat yang wish kat mukabuku, hengpong mahupon bersua muka
saya tak mintak lebih.. cukuplah doa kalian agar saya jadi lebih baik dari hari-hari semalam :)
 
eheeeemmmm
mulai hari ni dah buleh stat bukak application and tapis calon yang sepatotnya :P
sebab sebelom fasa 25 masuk dah kena prepare jadik bini orang 
miahahhahaa *gatai*

pesta belon udara panas putrajaya 2012

Monday, March 12, 2012




PESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012
(15-18 MAC)



serius teringin sangat-sangat nak pergi pesta belon panas ni..
macam best je nengok kaler-kaler ni..
ahahahaa saya kan macam budak-budak.
konpem eksited dapat nengok menda-menda camni..

panas ke penat ke konpem saya sanggup redah 
even kalo ramai orang pon saya janji zip mulut tak komplen 
sebab saya sangat amat memang nak pergi kan??
ishkk mohon adalah nanti yang sudi usung bawak saya pergi pesta belon panas ni..
serius tak pernah pergi..
dan sangat-sangat teringin nak pergi..
nak tengok sengsangat kot

sebab saya teringin sangat nak pergi pesta belon panas ni..
assume lah ini hadiah besday saya kihkihkih 
untung kot tak yah susah-susah beli adiah besday.. ahahahahaha
aci kan aci kan???


seriussss teringin *sobssss*
tapi nak pergi ngan siapa :(
dah lah tak tahu jalan dah lah noob pasal tempat selain pahang ngan penang..
adoidoidoidoi wuwuwuwuwww
tetiba cam sedih.. sebab tau konpem tak dapat pergi  :(

kesimpulan??? ok kempunan lah lagi...~

sahabat katak comel :)

Sunday, March 11, 2012




wheeeeeaaaa...
pepagi lagi.. saya yang cumel mendapat ugutan dari dua blogger hijau yang comot..
si adila dan juga aida omar
sibuk bebenor tag saya suruh join segmen SAHABAT KATAK COMEL
siap berdiskusi lagi eh kat chatbox.. 
ewaaahhh nak sula nak main kejar-kejar plak if saya x juin.. :P

tu tak campur lagik miera merangkap si penganjur yang duk menyeru-nyeru suruh join kan,,
auw-auw-auw sungguh retis terasa diri ini..
untungkan bila berkembarkan dengan geng katak..
segala segmen berkaitan katak terus jatuh hukum automatik wajib masuk :P
lalalalalalalaa

ok lah dengan rela hati meh nak ajak kengkorang join segmen ini ok..





hah >> KELIK SINI << kalo nak tau comel ke idok 


sengsarat segmen memang simple mimple 




1. Buat entri bertajuk Sahabat Katak Comel.
2. Letakkan banner segmen yang buruk dekat atas tu dan 'link' kan kepada entri ini.
3. Tag kepada sekurang-kurangnya seorang rakan blogger anda.
4. Dah siap, komen dekat ruangan komen ya! 
5. Tarikh Tamat : 11.59 pm 11 March 2012.



hadiah segmen plak???
korang buleh cek kat SINI ok..

nahhhh sengkarang gua wasiatkan segmen ini dekat ------ cikgu faiz.. 

selain dapat berkenal-kenal beramas mesra
korang buleh tambah kengkawan..
so koram-koram jangan lupa join ok :)



diam sunyi sepi :)

Thursday, March 8, 2012



 
 


 
diam sunyi sepi tanpa kata-kata
bukan sebab membenci
bukan kerana membawa hati
apatah lagi cuba menjauhkan diri
 
tapi  ni semua sebab saya BUSY lah woiiii..
 
 naik pening bila ada orang terasa sebab saya tak tegur 
gelak sorang-sorang bila ada orang PM tanya adakah saya membenci diri beliau
 
buat yang concern dan memahami..
terima kasih daun keladi
 
buat yang tak tahu lagi..
sila lah faham saya BUSY... pepura busy pon ye jugak  :)

senyap sunyi dan sepi tu kadang-kadang bagus
untuk mahasabah diri sendiri :)
 
# remember that SILENT is sometime the best answer
silence : the way to avoid many problems
smile : the way to solve many problems :)
 

tanpa tajuk lagi :(

Monday, March 5, 2012



 
 


macam mana kau nak fahamkan orang yang kau dah tak nak dia
 macam mana kau nak buat orang terima hakikat hati kau bukan untuk dia
macam mana kau nak orang faham maksud MOVE ON
macam mana kau nak buat dia sedar itu cuma kenangan
 
yup hati ini memang lembut dan rapuh
tapi sekali keputusan dah diambil tak kan ada istilah toleh belakang
 semoga kau sedar yang kita tiada jodoh
harap kau dapat lupakan semuanya perlahan-lahan walaupun ianya sukar
kenangan tiga empat tahun memang terlalu banyak suka duka 
tapi semuanya mampu pudar satu hari nanti
 

aku disini sentiasa berdoa kau akan berjaya lupakan aku..
aku percaya yang kita tak kan jumpa orang yang sepatutnya
jika aku masih dengan orang yang salah
kau tak salah.. tapi mungkin aku bukan yang terbaik :)

dan aku pilih kita kekal sebagai KAWAN 
 kerana bukan nama kau lagi di hati aku
dan lepas semua yang berlaku aku pasti hati aku bukan lagi untuk kau

titik



# lemas rimas dengan orang tak faham bahasa

bersyukurlah ~

Friday, March 2, 2012




 
 
bersyukurlah pada orang yang menyakiti kamu, 
kerana dia lah yang mengajar mu ketabahan
 
bersyukurlah pada orang yang mengabaikan kamu,
kerana dia juga yang memupuk mu untuk berdikari
 
bersyukurlah pada yang sentiasa cuba menjatuhkan kamu,
kerana dia yang memperhebatkan lagi kemampuan mu
 
bersyukurlah pada yang menyiksa kamu,
kerana dia yang memguji mu erti kesabaran 



 
wahai DIRI,
 
 jangan terlalu bandingkan diri dengan yang di atas kelak kita akan kecewa
jangan terlalu bandingkan diri dengan yang di bawah kelak kau sentiasa berasa selesa ~
 
bersyukurlah semua berlaku ada hikmahnya :)

# adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu 
hidup ni bukan hanya ada ketawa dan gembira

 
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS